Donggongon | |
---|---|
Transkripsi lain | |
Koordinat: Koordinat: 5°55′N 116°05′E / 5.917°N 116.083°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat |
Majlis Perbandaran | 28 Disember 2021 |
Daerah | Penampang |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Perbandaran Penampang |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 1,397 |
Populasi di kawasan Donggongon | |
Zon waktu | MST |
Kod kawasan | 088 |
Kawasan Kejiranan | Kota Kinabalu, Kepayan dan Penampang |
Tamu Mingguan | Rabu |
Laman sesawang | ww2.sabah.gov.my/md.ppg/ |
Donggongon adalah sebuah pekan besar yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak didalam daerah Penampang, tetapi kini ia dianggap adalah sebahagian dari kawasan metropolitan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk di pekan ini ialah sebanyak 1,397.[1] Ibu pejabat polis daerah Penampang, Perpustakaan daerah Penampang, dan Kompleks Sukan Penampang (KSP), adalah contoh bangunan infrastruktur awam yang terletak di pekan Donggongon. Donggongon juga cukup popular dengan "Pasar Tamu" (sebuah pasar mingguan yang hanya dibuka pada setiap hari Khamis dan Jumaat sahaja). Pada dua hari tersebut, dianggarkan beribu orang dari kalangan keluarga, orang awam, pelancong akan melawat pasar tersebut untuk membeli barangan rumah, makanan, barangan cenderamata tradisional seperti beg tangan, gelang mutiara dan gong. Ini kerana dikatakan banyak dari barangan di sana cukup unik kerana barangan dijual adalah hasil sulaman dan buatan tangan orang bumiputera Sabah yang asli dan tulen.
Donggongon adalah sebuah bandar utama untuk daerah Penampang. Bandar atau pekan besar ini turut mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang terpanjang di Sabah. Iaitu Kompleks Membeli-belah Megalong.