Kuda tunggang atau kuda saddle merujuk pada kuda yang digunakan oleh penunggang kuda berpelana bagi tujuan rekreasi atau pengangkutan.
Tidak jelas bila pertama kali kuda mula ditunggang kerana aktiviti pembelajinakkan tidak mengubah fizikal kuda. Bagaimanapun, terdapat bukti-bukti menunjukan bahawa kuda ditunggang oleh orang dalam kebudayaan Botai pada Zaman Tembaga, sekitar tahun 3600-3100 BCE.[1] Bukti terawal mencadangkan bahawa kuda ditunggang pada sekitar tahun 3500 BCE, di mana tengkorak kuda yang telah dijumpai di tapak di Kazakhstan menunjukan bahawa ia telah dipakai beberapa jenis bit.
Banyak baka dan jenis kuda yang sesuai untuk ditunggang, dan jenis badan berbeza bergantung pada kerja equestrianisme yang ia akan lakukan dan gaya penunggangnya.