Melodramma

Melodramma ialah sebuah istilah dari bahasa Itali yang bermaksud atau merujuk kepada opera. Istilah ini kerap digunakan pada abad ke-19. Maksud istilah ini tidak sama dengan istilah melodrama yang diambil dan digunakan dari bahasa Inggeris. Melodrama (satu "m" ) bermaksud sebuah drama yang amat sentimental, mengandungi aksi atau peristiwa yang penuh dengan debaran dan keharuan [1]. Melodrama muzikal (satu "m" juga) merujuk kepada kesan deklamasi yang dipertingkatkan oleh muzik latar, di dalam bahasa Itali dipanggil melologo.


Developed by StudentB