Milenium: | milenium ke-2 |
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: | |
Kategori: |
Dekad 1960-an merupakan tahun-tahun dari 1960 hingga 1969, iaitu antara 2 Rejab 1379 hingga 21 Syawal 1389. Bagaimanapun, ungkapan ini telah mempunyai makna yang lebih luas pada dua puluh tahun yang lalu.
Dekad 60-an merujuk kepada peristiwa kebudayaan dan politik yang berkait secara rapat di antara negara-negara Barat, terutamanya di Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman Barat. Pergolakan sosial bukan sahaja terhad kepada negara-negara tersebut, tetapi juga merangkumi negara-negara seperti Jepun dan Mexico secara besar-besaran. Istilah ini juga digunakan dengan nostalgia oleh mereka yang telah mengambil bahagian dalam peristiwa-peristiwa tersebut tetapi telah digunakan secara pejoratif oleh mereka yang menganggap masa ini sebagai tempoh yang mendatangkan keburukan-keburukan yang masih dapat dikesani pada hari kini. Dekad ini juga digelarkan sebagai yang "enam puluhan yang rancak" ("Swinging Sixties") disebabkan sikap buaya darat yang muncul pada dekad ini.
Kenangan yang popular telah menggabungkan dekad ini dengan beberapa peristiwa yang sebenarnya tidak terjadi pada tempoh ini. Sebagai umpama, walaupun beberapa peristiwa yang paling dramatik berkenaan dengan pergerakan hak awam Amerika Syarikat terjadi pada awal dekad ini, sebenarnya pergerakan ini telah pun berlangsung dengan sungguh-sungguh pada dekad 1950-an. Disebaliknya, kebangkitan feminisme dan hak homoseksual bermula hanya pada akhir-akhir 1960-an dan tidak berkembang sehingga dekad 1970-an. Walau bagaimanapun, "60-an" telah disinonimkan dengan kesemua peristiwa dan arah aliran yang baru, menguja, radikal, subversif dan berbahaya (sewajar dengan pemandangan seseorang) pada tempoh ini.