1990-an

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:
Kategori:


Dekad 1990-an merupakan tahun-tahun dari 1990 hingga 1999, iaitu antara 3 Jamadilakhir 1410 hingga 23 Ramadan 1420. Kuasa utama yang membentukkan dekad ini termasuk:

Walaupun terwujudnya harapan yang optimis selepas kejatuhan komunisme, tindak balas daripada kesan Perang Sejuk baru bermula dan mencetuskan penerusan terorisme di negara-negara Dunia Ketiga (terutamanya di Asia) yang pada suatu masa merupakan barisan hadapan politik asing Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Walau bagaimanapun, semasa 1990-an ekonomi negara-negara Dunia Pertama seperti Amerika Syarikat, Kanada, Ireland, Australia dan Korea Selatan mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil pada hampir-hampir sepanjang dekad. Selepas kemelesetan 1991-92 dan Rabu Hitam, United Kingdom mengalami pertumbuhan ekonomi selama 51 suku tahun berturutan yang terus-menerus sehingga milenium baru. Negara-negara yang kurang mewah seperti Malaysia juga mengalami kemajuan pesat terhadap kemakmuran ekonomi dan taraf hidup rakyatnya pada dekad 1990-an. Dengan penamatan Perang Sejuk, dekad ini sering dipandang tinggi oleh kebanyakannya orang di banyak negara.

Banyak negara, institusi, syarikat dan organisasi juga menganggap bahawa dekad 1990-an merupakan tempoh yang makmur, iaitu hampir-hampir kesemuanya pulih selepas lama mengalami kegagalan bertahun-tahun. Contoh-contohnya termasuk pemulihan Apple Computer selepas hampir-hampir menjadi bankrap serta kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang teknologi yang merangkumi internet, cakera padat dan realiti maya. Minyak dan gas juga ditemui di banyak negara dan jawatan Paus John Paul II mencapai kemuncak.

Walau bagaimanapun, dekad 1990-an juga membawakan pertempuran yang tragik, seperti Perang-perang Balkan, penghapusan bangsa Rwanda, Pertempuran Mogadishu di Somalia dan Perang Teluk pertama.


Developed by StudentB