Abdul Hadi Awang | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Marang | |
Menyandang jawatan 8 Mac 2008 (16 tahun, 8 bulan dan 11 hari) | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Bakar |
Majoriti |
|
Dalam jawatan 21 Oktober 1990 – 4 Mac 2004 (13 tahun, 4 bulan dan 12 hari) | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Bakar |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Bakar |
Majoriti |
|
Presiden Parti Islam Se-Malaysia ke-7 | |
Menyandang jawatan 14 September 2003 (21 tahun, 2 bulan dan 5 hari) | |
Timbalan |
|
Didahului oleh | Fadzil Mohd Noor |
Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah | |
Dalam jawatan 2 April 2020 – 10 Oktober 2022 (2 tahun, 6 bulan dan 8 hari) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahiaddin Yassin (2020-2021) Ismail Sabri Yaakob (2021-2022) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Ru Rendang | |
Dalam jawatan 1986–2018 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Marang | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Tengku Zahid Tengku Musa |
Menteri Besar Terengganu | |
Dalam jawatan 30 November 1999 – 21 Mac 2004 (4 tahun, 3 bulan dan 20 hari) | |
Didahului oleh | Wan Mokhtar Ahmad |
Digantikan oleh | Idris Jusoh |
Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 8 November 2018 | |
Ketua | Yusuf al-Qaradawi |
Didahului oleh | Abdullah Bin Bayyah |
Digantikan oleh | Salim Segaf Al-Jufri |
Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa Cawangan Malaysia | |
Dalam jawatan 2016–2018 | |
Timbalan | Ahmad Awang |
Ketua | Yusuf al-Qaradawi |
Didahului oleh | Abdul Ghani Samsudin |
Digantikan oleh | Wan Subki Wan Salleh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Hadi bin Awang 20 Oktober 1947 Rusila, Terengganu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Puan Sri To' Puan Seri Zainab Awang Ngah (k. 1976) Dr. Norzita Taat (k. 1991) |
Anak | 14 (termasuk Muhammad Khalil Abdul Hadi) |
Kediaman | Rusila, Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Agamawan |
Laman web | Laman Presiden PAS. |
Abdul Hadi bin Awang (Jawi: عبد الهادي بن اواڠ , lahir 20 Oktober 1947) ialah seorang ilmuwan Islam dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Marang. Pada peringkat parti, beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak tahun 2002.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah di bawah Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Pada penggal Parlimen Malaysia ke-10, Parti Islam Se-Malaysia bersama rakan komponen Barisan Alternatif memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999 di Terengganu. Beliau dipilih sebagai YAB Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, PAS bersama rakan komponen ditewaskan BN. Tan Sri Idris Jusoh menggantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu. Tuan Guru kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Ru Rendang sehingga tahun 2018. Beliau juga menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat selepas pemergiannya.