Abdul Khalid Ibrahim | |
---|---|
Menteri Besar Selangor ke-14 | |
Dalam jawatan 13 Mac 2008 – 22 September 2014 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Didahului oleh | Mohamed Khir Toyo |
Digantikan oleh | Mohamed Azmin Ali |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Tan Chai Ho |
Digantikan oleh | Kamarudin Jaffar |
Majoriti | 2,515 |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Pelabuhan Klang | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Badrul Hisham Abdullah |
Digantikan oleh | Azmizam Zaman Huri |
Majoriti | 2,994 |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Ijok | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | K. Parthiban |
Digantikan oleh | Dr. Idris Ahmad |
Majoriti | 1,920 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jeram, Kuala Selangor, Selangor, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 14 Disember 1946
Meninggal dunia | 31 Julai 2022 Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur | (umur 75)
Tempat persemadian | Makam Diraja Shah Alam, Selangor |
Parti politik | UMNO (1979–1998, 2017–2018) PKR (2008–2014) BEBAS (2014–2017) |
Pasangan | Puan Sri Salbiah Tunut |
Anak-anak | 4 |
Alma mater | Universiti Malaya Universiti Queensland |
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (14 Disember 1946 – 31 Julai 2022) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Selangor ketika itu serta bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat negeri, beliau merupakan mantan Menteri Besar Selangor sebelum dipecat oleh PKR pada tahun 2014.