Ahmad Zahid Hamidi SJMK (Kel); SPSN (Prk); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DUNM (Mel); DP (Swk); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMK (Kel); DMSM (Mel); DPMP (Prk); PhD | |
---|---|
أحمد زاهد حميدي | |
Timbalan Perdana Menteri I | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 Berkhidmat with Dato' Sri Fadillah Yusof | |
Raja |
|
Perdana Menteri | Dato' Seri Anwar bin Ibrahim |
Didahului oleh | Dato' Sri Ismail Sabri |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Dato' Seri Najib Razak |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail |
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato' Seri Anwar bin Ibrahim |
Didahului oleh | Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid Pembangunan Luar Bandar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P75 Bagan Datuk, Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Mohamed Jamrah - UMNO |
Majoriti | 14,830 (1995)
|
Pengerusi Barisan Nasional | |
Menyandang jawatan 12 Mei 2018 | |
Timbalan | Dato' Seri Utama Mohamad Hassan |
Didahului oleh | Dato' Seri Najib Razak |
Presiden UMNO | |
Menyandang jawatan 30 Jun 2018 | |
Timbalan | Dato' Seri Utama Mohamad Hassan |
Didahului oleh | Dato' Seri Najib Razak |
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2019 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Tun Dr Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail |
Digantikan oleh | Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob |
Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Hishammuddin Hussein |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 16 Mei 2013 | |
Perdana Menteri | Dato' Seri Najib Razak |
Didahului oleh | Tun Abdullah Ahmad Badawi |
Digantikan oleh | Dato' Seri Hishamuddin Hussein |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018) | |
Dalam jawatan 2009–2018 | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Zahid bin Hamidi 4 Januari 1953 |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Hamidah Khamis |
Anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. (Jawi: أحمد زاهد حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang Senator, Pengerusi Bank Simpanan Nasional[2] serta sahabat baik Pak Najib sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO.[3] Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia. Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009.[4] Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein.
Pada 29 Julai 2015, Zahid telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[5]