| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Akordion merujuk kepada suatu keluarga alat muzik bentuk kotak ditiup dalamnya. Alat jenis ini dimainkan dengan memampatkan atau mengembangkan hububan atau belos (bellows) dengan satu tangan - untuk menolak udara masuk keluar alat - sambil menekan butang atau kunci dengan tangan yang lebih kuat untuk membuka lubang mengalirkan udara melalui kepingan loyang atau logam lalu terhasilnya bunyi dalam badan alat.
Alat ini sering dimainkan dalam muzik rakyat atau etnik (seperti ghazal) bahkan juga kepada gubahan yang lebih rumit seperti untuk pertunjukan opera atau klasik Barat.[1]