Aksara Kawi

Aksara Kawi
𑼄𑼒𑽂𑼰𑼬𑼒𑼮𑼶
Jenis tulisan
Tempoh masa
s. abad ke-8 hingga 16
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaBahasa Kawi/Jawa Kuno, Bahasa Bali Kuno, Bahasa Sunda Kuno, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Sanskrit
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan turunan
Di Indonesia moden:
Aksara Bali
Aksara Batak
Aksara Jawa
Lontara
Aksara Makassar
Aksara Sunda
Aksara Rencong
Aksara Rejang
Di Filipina:
Baybayin
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Aksara Kawi (Sanskrit: कवि kavi, "pujangga")[1] atau aksara Jawa Kuno adalah turunan aksara Brahmi Pallava yang pernah digunakan secara bersejarahnya di wilayah lautan Asia Tenggara termasuk Kepulauan Melayu sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16. Aksara ini digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno bahasa-bahasa Jawa, Sunda dan Melayu.[1]

Sistem ini ialah sistem tulisan terawal di Nusantara dan merupakan pendahulu bagi aksara-aksara yang lebih moden tercambah muncul, seperti aksara Jawa (Hanacaraka), aksara Bali, aksara Rencong dan aksara Sunda (baik kuno mahupun standard)[1] yang terus ditulis atas kulit kayu, daun lontar, kepingan logam dan pada batu-batu bersurat sekitar Asia Tenggara. Aksara ini tercatat pada prasasti-prasasti di Jawa, Bali, dan Sumatera di Indonesia, malah ada juga ditemukan pula prasasti lempeng tembaga bertuliskan aksara ini sejauh Filipinapada tahun 2010.[2] Sistem penulisan ini Ia bertahan selewat abad ke-15 dengan melemahnya kuasa Majapahit yang lama-kelamaan ditawan Kesultanan Demak yang membawa aksara Jawa.

  1. ^ a b c "Usulan pendahuluan pengkodean aksara Kawi dalam UCS" (PDF).
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama as

Developed by StudentB