Alma mater (kata gabung Latin dari alma "memelihara", mater "ibu"; j. [jarang diguna] almae matres ) ialah gelaran zaman Rom Purba yang mula-mula untuk pelbagai ibu dewi, khususnya Ceres atau Kybele[1] malah dilanjutkan ke dalam agama Kristian pada Zaman Pertengahan merujuk kepada Maria.[2]
Istilah ini mula beralih khusus kepada bidang pendidikan merujuk kepada tempat pengajian utama seperti universiti yang mana seseorang telah tamat belajar di sana dan memperoleh ijazah darinya setelah digunakan Universiti Bologna dalam cogan katanya Alma Mater Studiorum ("ibu pemelihara pendidikan");[3] ia lagi-lagi diterapkan dalam cetakan penerbitan Universiti Cambridge serta mohornya pada 1600.[4][5]