Ampang Park

Koordinat: 3°09′39″N 101°43′07″E / 3.1607362°N 101.7187134°E / 3.1607362; 101.7187134

Ampang Park
Pemandangan barat Ampang Park pada 2008
LokasiJalan Ampang, Kuala Lumpur
AlamatPusat Beli-belah Ampang Park, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tarikh pembukaan15 Mac 1973 (1973-03-15)[1]
Tarikh penutup31 Disember 2017 (2017-12-31)
PemajuLow Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd
PengurusanAmpang Park Management Corporation (1836)
ArkitekDP Architects dan Thomas A.S. Tiang
Bil. gedung dan perkhidmatan250+
Keluasan lantai peruncitan340,000 ka2 (32,000 m2) [1]
Tempat letak keretaTingkat bawah dan ruang bawah tanah
Bil. tingkat5 tingkat, termasuk tingkat bawah dan ruang bawah tanah
Laman webwww.ampangpark.com.my

Ampang Park ialah sebuah kompleks membeli-belah Malaysia yang terletak berhampiran dengan Suria KLCC di pinggir utara Kawasan Segi Tiga Emas, Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur harus tidak dikelirukan dengan Ampang, Selangor. Ia dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973. Ia merupakan kompleks beli belah yang pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.

Ia dibangunkan oleh syarikat Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd berikutan kejayaan projek pertamanya di Singapura, People's Park yang dibuka pada 1968.[2] Kompleks ini mudah disinggah dengan menggunakan alihan rel ringan Putra LRT (Aliran Kelana Jaya) yang singgah di stesen LRT Ampang Park yang terletak di sebelahnya selepas stesen LRT KLCC.

Ampang Park mempunyai banyak kedai serbaneka yang menjual pakaian dan barang kemas, serta juga mempunyai penukar-penukar wang yang memberikan kadar-kadar pertukaran yang amat bersaingan. Kompleks ini dikaitkan melalui sebatang jambatan pejalan kaki dengan City Square, sebuah kompleks membeli-belah kelas tinggi di Jalan Tun Razak yang mempunyai banyak kedai reka bentuk dalaman dan balai seni lukis yang menarik. Kompleks Ampang Park telah ditutup pada 31 Disember 2017 dan dirobohkan pada 2018 bagi memberi laluan kepada pembangunan Stesen MRT Ampang Park yang dibuka pada 16 Mac 2023.

  1. ^ a b Chan, Richard (28 August 2004). "Knowing the retailer's mind". New Straits Times. Dicapai pada 9 March 2008.
  2. ^ Detik-detik terakhir Ampang Park

Developed by StudentB