Sistem angka | |
---|---|
Sistem angka Hindu-Arab | |
Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
Angka Asia timur | |
Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
Angka abjad | |
Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Ibrani Yunani (Ionia) |
Sistem lain | |
Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
Sistem kedudukan dengan asas | |
Perpuluhan (10) | |
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Kebanyakan sistem angka kedudukan yang menggunakan 10 sebagai asas yang digunakan di seluruh dunia adalah berasal dari India. Sistem angka India lazimnya dikenali di Barat sebagai sistem angka Hindu-Arab atau angka Arab, kerana ia diperkenalkan di Eropah melalui orang Arab.
Digit 1 hingga 9 dalam sistem angka Hindu-Arab berevolusi dari angka Brahmi. Catatan agama Buddha dari sekitar 300 SM menggunakan simbol 1,4 dan 6. Seratus tahun kemudian, penggunaan simbol 2,7 dan 9 telah direkodkan.
Terdapat beberapa catatan kuno di atas kepingan kuprum yang mengandungi angka sifar yang bertarikh dari kurun ke-6 masihi.[1]. Bagaimanapun, catatan yang pertama diterima secara universal yang mengandungi angka 0 telah ditemui di Gwalior, tengah India yang bertarikh 870.
Pada kurun yang ke-9, sistem angka ini telah tersebar ke dunia Islam. Al-Khwarizmi telah menerangkan tentangnya dalam buku Pengiraan dengan angka Hindu yang ditulis pada 825 M dalam Bahasa Arab, dan Al-Kindi telah menulis empat jilid, Penggunaan angka India (Ketab fi Isti'mal al-'Adad al-Hindi) yang ditulis pada 830 M. Kemudiannya, sistem angka ini diperkenalkan pula oleh orang Arab kepada Eropah.