Anthony Albanese

Anthony Albanese
Ahli Parlimen Australia
Gambar rasmi, 2022
Perdana Menteri Australia ke-31
Menyandang jawatan
23 Mei 2022
RajaElizabeth II
Charles III
Gabenor AgungDavid Hurley
TimbalanRichard Marles
Didahului olehScott Morrison
Ketua Parti Buruh Australia
Menyandang jawatan
30 Mei 2019
TimbalanRichard Marles
Didahului olehBill Shorten
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
30 Mei 2019 – 23 Mei 2022
Perdana MenteriScott Morrison
TimbalanRichard Marles
Didahului olehBill Shorten
Digantikan olehScott Morrison
Timbalan Perdana Menteri Austalia ke-15
Dalam jawatan
27 Jun 2013 – 18 September 2013
Perdana MenteriKevin Rudd
Didahului olehWayne Swan
Digantikan olehWarren Truss
Timbalan Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
26 Jun 2013 – 13 Oktober 2013
KetuaKevin Rudd
Didahului olehWayne Swan
Digantikan olehTanya Plibersek
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 18 September 2013
Perdana Menteri
Didahului olehMark Vaile
Digantikan olehWarren Truss
Menteri Pembangunan Wilayah dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 14 September 2010
Perdana Menteri
  • Kevin Rudd
  • Julia Gillard
Didahului olehJim Lloyd
Digantikan olehSimon Crean
Ahli Parlimen Australia
bagi Grayndler
Menyandang jawatan
2 Mac1996
Didahului olehJeannette McHugh
Maklumat peribadi
Lahir (1963-03-02) 2 Mac 1963 (umur 61)
Darlinghurst, New South Wales, Australia
Parti politikParti Buruh Australia
PasanganCarmel Tebbutt (k. 2000; sep. 2019)
Pasangan SerumahJodie Haydon (2021–present)
Anak1
Tempat belajarUniversiti Sydney (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi)
Laman webanthonyalbanese.com.au
Nama panggilanAlbo


Anthony Norman Albanese ( /ˌælbəˈnzi/ AL-bə-neez-ee atau /ˈælbənz/ AL--neez ; [nb 1] lahir 2 Mac 1963) merupakan seorang ahli politik Australia yang juga merupakan Perdana Menteri Australia yang ke-31 dan terkini.[3] Beliau telah menjadi Ketua Parti Buruh Australia (ALP) sejak 2019, dan Ahli Parlimen (MP) untuk Grayndler sejak tahun 1996. Albanese merupakan Timbalan Perdana Menteri Australia ke-15 di bawah kerajaan kedua Kevin Rudd pada tahun 2013 dan menteri kabinet dalam kerajaan Rudd dan Julia Gillard dari 2007 hingga 2013.

Albanese dilahirkan di Sydney kepada bapa berbangsa Itali dan ibu berbangsa Ireland, ibunya membesarkannya seorang diri selepas bercerai. Beliau menghadiri St Mary's Cathedral College, sebelum pergi ke Universiti Sydney untuk belajar bidang ekonomi. Beliau menyertai ALP sebagai pelajar, dan bekerja sebagai pegawai parti dan pegawai penyelidik sebelum menjadi Ahli Parlimen. Albanese telah dipilih ke Dewan Perwakilan pada pilihan raya 1996 dan memenangi kerusi Grayndler di New South Wales. Beliau pertama kali dilantik ke Kabinet Bayangan pada tahun 2001 oleh Simon Crean dan terus berkhidmat dalam beberapa peranan, akhirnya menjadi Pengurus Perniagaan Pembangkang pada tahun 2006.

Selepas kemenangan ALP dalam pilihan raya 2007, Albanese dilantik sebagai Ketua Dewan, dan juga dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wilayah dan Kerajaan Tempatan dan Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan. Dalam ketegangan kepimpinan berikutnya antara Kevin Rudd dan Julia Gillard dari 2010 hingga 2013, Albanese secara terbuka mengkritik tingkah laku kedua-dua pemimpin sekaligus menyeru kepada perpaduan parti. Selepas menyokong Rudd dalam undian kepimpinan terakhir antara kedua-duanya pada Jun 2013, Albanese telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada hari berikutnya.

Berikutan kekalahan ALP dalam pilihan raya 2013, Albanese menentang Bill Shorten dalam pemilihan kepimpinan berikutnya, yang pertama melibatkan ahli parti selain ahli Parlimen. Walaupun Albanese memenangi majoriti besar dari ahli parti, Shorten pula menangi lebih banyak undian di kalangan Ahli Parlimen Buruh dan sekaligus memenangi pertandingan itu; Shorten yang kemudiannya melantik Albanese ke Kabinet Bayangannya. Selepas kekalahan mengejut ALP dalam pilihan raya 2019, Shorten meletak jawatan dan Albanese menjadi satu-satunya orang yang dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan untuk menggantikannya; beliau kemudiannya dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Parti Buruh, sekaligus sebagai Ketua Pembangkang . [4] [5]

Pada pilihan raya 2022, Albanese mengetuai partinya mencapai kemenangan yang menentukan menentang Gabungan Liberal-Nasional Scott Morrison, mencipta sejarah sebagai warga Itali Australia pertama menjadi Perdana Menteri. [6] Beliau mengangkat sumpah pada 23 Mei 2022, bersama empat rakan sekerja kanan hadapannya. [7] [8]

  1. ^ Middleton 2016, m/s. 240.
  2. ^ Webb, Tiger (30 May 2019). "Anthony Albanese can't decide how to pronounce his name, so don't ask him". ABC News. Dicapai pada 1 June 2019.
  3. ^ Wu, David (22 May 2022). "Five Labor MPs to be immediately sworn in ahead of key Quad trip". Sky News Australia. Dicapai pada 23 May 2022.
  4. ^ Murphy, Katharine (19 May 2019). "Anthony Albanese kicks off Labor leadership race with call for policy shift". The Guardian. Dicapai pada 20 May 2019.
  5. ^ Martin, Sarah (27 May 2019). "Anthony Albanese elected unopposed as Labor leader". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 May 2019.
  6. ^ "Australia election 2022: Scott Morrison to stand down as Liberal leader after conceding defeat; Labor hopeful of majority government – live update". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 21 May 2022. Dicapai pada 21 May 2022.
  7. ^ "Anthony Albanese sworn in as Prime Minister". The New Daily. 23 May 2022. Dicapai pada 23 May 2022.
  8. ^ Worthington, Brett (23 May 2022). "Anthony Albanese and four senior frontbenchers sworn in ahead of Quad trip". ABC News. Dicapai pada 23 May 2022.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB