Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | |
---|---|
Jenis | Anugerah Akademi, award for best supporting actor (en) |
Penerangan | Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki dalam Peranan Pembantu |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | AMPAS |
Kali pertama | 1937 |
Kini dipegang oleh | Sam Rockwell Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2017) |
Tapak web | |
oscars | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ialah sebuah anugerah dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS). Ia diberi sebagai penghormatan kepada pelakon lelaki yang menunjukkan lakonan luar biasa dalam peranan pembantu semasa bekerja dalam industri filem. Di majlis Anugerah Akademi ke-9 yang diadakan pada tahun 1937, Walter Brennan merupakan pemenang pertama anugerah ini untuk peranannya dalam Come and Get It.[1] Brennan memenangi anugerah terbanyak dalam kategori ini dengan tiga anugerah. Brennan, Jeff Bridges, Robert Duvall, Arthur Kennedy, Jack Nicholson dan Claude Rains telah dicalonkan sebanyak empat kali, lebih banyak daripada mana-mana pelakon lelaki lain. Setakat majlis anugerah tahun 2018, Sam Rockwell adalah pemenang di dalam kategori ini untuk persembahan lakonannya sebagai sebagai Pegawai Jason Dixon di dalam filem Three Billboards Outside Ebbing, Missouri.