Anugerah kebesaran tentera

Susunan Pingat di Muzium Foreign Legion Perancis

Anugerah ketenteraan adalah satu kurniaan, biasanya sejenis pingat yang terdiri daripada reben dan medal yang diberikan kepada individu sebagai tanda penghormatan yang direka untuk menunjukkan kepewiraan, keberanian, keperibadian, pencapaian atau khidmat yang luar biasa.[1] Walaupun Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak menganggap semua kurniaan dan pingat ketenteraan sebagai "anugerah kebesaran", negara-negara lain cenderung merujuk kepada semua anugerah dan pingat ketenteraan sebagai "anugerah kebesaran".

Anugerah kebesaran awam yang dikurniakan kepada anggota tentera tidak boleh dianggap sebagai bintang ketenteraan, walaupun sesetengah darjah kesatriaan mempunyai bahagian awam dan ketenteraan. Anugerah kebesaran yang diterima oleh anggota polis dan bomba kadangkala boleh dipertimbangkan bersama dengan anugerah ketenteraan, di mana mereka boleh di modelkan, walaupun ia sebenarnya bukan anugerah tentera.

  1. ^ DoD Manual 1348.33, 2010, Vol. 3

Developed by StudentB