Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim

SSSK (Kedah); SSPJ (Perlis); SPCM (Perak); SSAP (Pahang); SPNS (Negeri Sembilan); DUPN (Pulau Pinang); SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); DMPN (Pulau Pinang); DK (Brunei); AP
انوار ابراهيم
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-10
Memegang jawatan
24 November 2022
(1 tahun, 7 bulan dan 15 hari)
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah
Timbalan
Didahului oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah
Perdana Menteridirinya sendiri
Timbalan
Didahului oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Dalam jawatan
15 Mac 1991 – 2 September 1998
Raja Perak Sultan Azlan Shah
Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan Tan Sri Abdul Ghani Othman (1991–1993)
Dato Loke Yuen Yow (1991–1995)
Dato Sri Mustapa Mohamed (1993–1995)
Affifudin Omar (1995–1996)
Wong See Wah (1995–1998)
Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (1996–1998)
Didahului oleh Tun Dr. Daim Zainuddin
Digantikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tambun, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteridirinya sendiri
Didahului oleh Dato Seri Ahmad Faizal Azumu
Majoriti3,736 (2022)
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
18 Mei 2020 – 10 Oktober 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Digantikan oleh Dato Seri Hamzah Zainudin
Dalam jawatan
26 Ogos 2008 – 16 Mac 2015
Raja Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin
Kedah Sultan Abdul Halim
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Najib Razak
Didahului oleh Lim Kit Siang
Digantikan oleh Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P132 Port Dickson, Negeri Sembilan
Dalam jawatan
13 Oktober 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah
Digantikan oleh Dato Seri Aminuddin Harun
Majoriti23,560
Pengerusi Pakatan Harapan
Memegang jawatan
18 Mei 2020
Presiden Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Didahului oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-2
Memegang jawatan
18 November 2018
Timbalan Tuan Rafizi Ramli (2022-kini)
Dato Seri Mohamed Azmin Ali (2018-2020)
Didahului oleh Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
MajoritiMenang tanpa bertanding
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7
Dalam jawatan
1 Disember 1993 – 2 September 1998
(Pemangku Perdana Menteri : 19 Mei 1998 – 19 Julai 1998)
Didahului oleh Tun Ghafar Baba
Digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Presiden UMNO
Dalam jawatan
1993–1998
Didahului oleh Tun Ghafar Baba
Digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
1990–1993
Berkhidmat dengan
Abdullah Ahmad Badawi
Sanusi Junid
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Dato' Sri Najib Razak
Muhammad Muhammad Taib
Dalam jawatan
1987–1990
Berkhidmat dengan
Wan Mokhtar Ahmad
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Didahului olehWan Mokhtar Ahmad
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Ghafar Baba
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Permatang Pauh, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1982–1999
Didahului olehZabidi Bin Ali
Digantikan olehDato Sri Wan Azizah Wan Ismail
Majoriti
  • 14,352 (PRU-6)
  • 10,479 (PRU-7)
  • 16,150 (PRU-8)
  • 23,515 (PRU-9)
Dalam jawatan
2008–2015
Didahului olehDato Sri Wan Azizah Wan Ismail
Digantikan olehDato Sri Wan Azizah Wan Ismail
Majoriti15,671 (PRK 2008)
25,369 (PRU-13)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia
dan Tabung Kewangan Antarabangsa
Dalam jawatan
Mac 1998 – September 1998
Didahului olehMaghribi Driss Jettou
Digantikan olehThailand Tarrin Nimmanahaeminda
Presiden Persidangan Umum UNESCO
Dalam jawatan
1989–1991
Didahului olehGuillermo Putzeys Alvarez
Digantikan olehBethwell Allan Ogot
Butiran peribadi
LahirAnwar bin Ibrahim
(1947-08-10) 10 Ogos 1947 (umur 76)
Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, Malaya, (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (1982-1998)
Parti Keadilan Nasional (1999-2003)
PKR (sejak 2003)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1982-1998)
Barisan Alternatif (1999-2008)
Pakatan Rakyat (2008-2016)
Pakatan Harapan (2016-kini)
PasanganDato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (k. 1980)
Anak-anakNurul Izzah Anwar
Nurul Hana Anwar
Nurul Nuha Anwar
Mohd Ihsan Anwar
Nurul Iman Anwar
Nurul Ilham Anwar
IbuDatin Che Yan Abdul Hamid Hussein
BapaDato' Ibrahim Abdul Rahman
SaudaraRehan Ibrahim (Adik Kandung)
Idrus Ibrahim (Adik Kandung)
Rani Ibrahim (Adik Kandung)
Marzuki Ibrahim (Adik Kandung)
Rusli Ibrahim (Adik Kandung)
Farizon Ibrahim (Adik Tiri)
Sukma Darmawan Sasmita Atmadja (Adik Angkat)
Kediaman
PendidikanPengajian Melayu
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanMenteri
Ahli Parlimen
ProfesionAhli Politik
KabinetKabinet Anwar Ibrahim
Tandatangan
Laman web rasmiLaman Web Rasmi Anwar Ibrahim


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Anwar bin Ibrahim (Jawi: انوار بن ابراهيم; lahir 10 Ogos 1947) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia sejak 2022. Beliau sebelum ini merupakan ahli politik Malaysia yang telah menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16 dari 2008 hingga 2015 dan sekali lagi dari 2020 hingga 2022, pengerusi Pakatan Harapan (PH) sejak 2020 dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2018. Beliau telah bertugas sebagai ahli parlimen Port Dickson dari Oktober 2018 sehingga November 2022 dan Permatang Pauh dari Mac 1982 sehingga April 1999 dan sekali lagi dari Ogos 2008 hingga Mac 2015. Beliau juga pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia dan memegang beberapa jawatan kabinet dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah perdana menteri terdahulu, Mahathir bin Mohamad dari tahun 1982 sehingga tahun 1998.

Anwar memulakan kerjayanya dalam bidang politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Selepas memasuki Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam BN yang telah lama berkuasa, Anwar telah memegang beberapa jawatan kabinet pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an. Beliau merupakan timbalan perdana menteri Malaysia dan menteri kewangan pada tahun 1990-an. Pada tahun 1998, beliau telah dibuang dari semua jawatan. Kemudian penahanan dan hukuman Anwar atas tuduhan sodomi dan korupsi, yang mengakibatkan hukuman penjara sembilan tahun yang dibatalkan pada tahun 2004.

Beliau kembali sebagai ketua pembangkang pada tahun 2008 sehingga tahun 2015 dan menyatukan parti pembangkang menjadi Pakatan Rakyat (PR) yang gagal memenangi pilihan raya umum 2008 dan 2013. Beliau menolak keputusan pilihan raya tersebut dan memimpin sebuah protes menentang keputusan tersebut. Pada tahun 2014, usaha Anwar untuk menjadi ketua menteri Selangor dalam Langkah Kajang telah menyebabkan sebuah krisis politik selama sembilan bulan, yang berakhir apabila beliau dihukum penjara selama lima tahun lagi selepas mendapat tuduhan sodomi kedua pada 2015.

Walaupun masih berada di penjara, Anwar kembali berganding dengan Mahathir Mohamad dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam ketiadaannya yang kemudiannya menang dalam pilihan raya umum 2018. Mahathir telah mengumumkan sebuah rancangan bagi Anwar untuk mengambil alih daripada dirinya sendiri sebagai perdana menteri selepas tempoh peralihan yang tidak ditetapkan. Anwar telah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan telah dibebaskan daripada penjara. Beliau kembali ke parlimen dalam pilihan raya kecil Port Dickson 2018 semasa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, menjadi timbalan perdana menteri dalam pentadbiran PH. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.


Developed by StudentB