Apedemak | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Dewa Singa Perang Nubia | |||||||
Nama dalam hieroglif |
Apedemak Jprmk | ||||||
Pusat kultus utama | Kuil Singa, Naqa | ||||||
Pasangan | Amesemi | ||||||
Equivalents | |||||||
Kesetaraan Rom | Jupiter | ||||||
Kesetaraan Bakongo | Nzambi | ||||||
Kesetaraan Mesir | Amun |
Apedemak atau Apademak (Jawi: اڤدماک ; Bahasa Meroitik: 𐦠𐦧𐦡𐦷𐦡𐦨𐦲 kemungkinan besar dahulu disebut Abedemak kerana bunyi /p/ tidak wujud dalam bahasa Meruwi[1]) merupakan dewa tertinggi dalam agama Kush purba. Apedemak seorang dewa perang yang dipuja oleh orang Meruwi di Kush dahulu. Sebagai dewa perang, Apedemak menjadi lambang kuasa tentera, penaklukan, dan empayar orang Meruwi. Tiada dewa yang menyerupainya dalam agama Mesir.[2] Apedemak juga dikait rapat dengan Amun, dewa Mesir yang disokong oleh kerajaan semasa zaman Napata sebelumnya, dan dipercayai sama taraf kepentingannya.