Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
'Arasy atau 'Arsy (Arab: عَرْش ) adalah makhluk tertinggi dan sangat besar, merupakan singgahsana yang memiliki tiang-tiang yang dipikul dan dikelilingi oleh para malaikat.
Pengertian ‘Arasy ini diyakini oleh para Salafussoleh, berdasarkan al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan ayat:
“(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arasy.
(Surah Toha, 20:5) ”
Bagaimanapun menurut Islam, Allah itu tidaklah sama dengan makhluk. Maka cara Dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Keadaan Allah bersemayam hanyalah di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dengan cara yang layak bagiNya.
Dalam Al Quran terdapat sebanyak tujuh tempat Allah Maha Agung menyebutkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala bersemayam di atas arasy.