Republik Armenia Հայաստանի Հանրապետություն Hayastani Hanrapetutyun | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Մեկ Ազգ , Մեկ Մշակույթ Mek Azg, Mek Mshakowyt "Satu Negara, Satu Budaya" | |||||
Lagu kebangsaan: Mer Hayrenik ("Tanah Bapaku") | |||||
Ibu negara | Yerevan1 | ||||
Bandar terbesar | ibu kota | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Armenia | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Vahagn Khachaturyan (Վահագն Խաչատուրյան) | ||||
Nikol Pashinyan (Նիկոլ Փաշինյան) | |||||
Kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet | |||||
• Diisytihar | 23 Ogos 1990 | ||||
• Diiktiraf | 21 September 1991 | ||||
• Dirasmikan | 25 Disember 1991 | ||||
• Penubuhan tradisional dari Negara Armenia | 11 Ogos 2492 SM | ||||
• Kerajaan Urartu ditubuhkan | 1000 SM | ||||
• Kerajaan Armenia ditubuhkan | 600 SM | ||||
• Agama Kristian diterima secara rasmi | 301 M | ||||
• Republik Demokratik Armenia ditubuhkan | 28 Mei 1918 | ||||
4.71 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 3,000,756[1] (ke-138) | ||||
101.5/km2 (262.9/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ $57.740 bilion[2] (ke-115) | ||||
▲ $19,489[2] (ke-81) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ $23.725 billion[2] (ke-115) | ||||
▲ $8,008[2] (ke-85) | |||||
Gini (2019) | 29.9[3] rendah | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.759[4] tinggi · ke-85 | ||||
Mata wang | Dram ( AMD ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (UTC) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+5 (DST) | ||||
Kod panggilan | +374 | ||||
Kod ISO 3166 | AM | ||||
DPT internet | .am | ||||
1 Kadang kala dieja sebagai "Erevan", "Jerevan", atau "Erivan". 2 Kedudukan berdasarkan anggaran populasi PBB. |
Armenia (Bahasa Armenia: Հայաստան Hayastan), atau nama rasminya Republik Armenia (Bahasa Armenia: Հայաստանի Հանրապետություն , Hayastani Hanrapetut'yun) ialah sebuah negara yang terletak di selatan Pergunungan Kaukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia di Asia Barat.[5][6] Keseluruhannya dikelilingi daratan. Negara ini bersempadan dengan negara-negara Asia lain iaitu Turki di barat, Georgia di utara, Artsakh dan Azerbaijian di timur, serta Iran dan Nakhichevan di selatan.[7] Namun begitu, negara ini bercita-cita untuk menyertai Kesatuan Eropah.
Armenia ialah sebuah negara bangsa satuan demokratik dengan sistem berbilang parti dan mempunyai warisan budaya yang mendalam. Kerajaan Urartu diasaskan pada 860 SM dan menjelang abad ke-6 SM digantikan dengan Kesatrapan Armenia. Kerajaan Armenia mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Tigran Agung pada abad pertama SM dan merupakan negara pertama di dunia yang memeluk agama Kristian sebagai agama rasmi, pada akhir abad ke-3 atau awal abad ke-4 TM.[8][9][10] Tarikh rasmi pemelukan Kristian ialah 301 TM.[11] Kerajaan purba Armenia terpisah di bawah Empayar Byzantium dan Sasan sekitar awal abad ke-5. Di bawah wangsa Bagratuni, Kerajaan Bagratuni Armenia dipulihkan pada abad ke-9. Apabila kerajaan tersebut merosot akibat perang menentang Empayar Byzantine, ia jatuh pada tahun 1045 dan Armenia kemudiannya dijajah Empayar Saljuk. Sebuah kerajaan kecil Armenia, dan selanjutnya kerajaan Armenia Kilikia, bertempat di persisiran Laut Mediterranean antara abad ke-11 dan ke-14.
Antara abad ke-16 dan 19, tanah air diduduki masyarakat Armenia terdiri daripada Armenia Timur dan Armenia Barat yang disatukan di bawah pemerintahan kuasa-kuasa Uthmaniyah dan Parsi, berbalik-balik antara deduanya selama berabad-abad lamanya. Setelah abad ke-19, Armenia Timur telah ditawan oleh Empayar Rusia, manakala kebanyakan bahagian barat Armenia kekal dalam tangan Uthmaniah. Semasa Perang Dunia Pertama, Lamender yang tinggal di tanah asal mereka dalam Empayar Uthmaniah dibunuh habis-habisan sehingga banyak yang melarikan diri. Pada tahun 1918, selepas peristiwa Revolusi Rusia, semua negara bukan milik Rusia mengisytiharkan kemerdekaan mereka berikutan penghapusan Empayar Rusia, sambil ini juga Republik Pertama Armenia diasaskan. Menjelang 1920, negara tersebut digabungkan ke dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transkaukasia, dan pada tahun 1922 ia menjadi salah sebuah anggota pengasas Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Pada tahun 1936 pula, persekutuan Transkaukasia dibubarkan, mengubah negara-negaranya, termasuklah Republik Sosialis Soviet Armenia, menjadi republik Kesatuan penuh. Republik Armenia yang moden merdeka pada tahun 1991 semasa pembubaran Kesatuan Soviet.
Armenia mengiktiraf suatu aliran agama Kristian yang tersendiri iaitu Gereja Hawari Armenia, gereja kebangsaan tertua di dunia, sebagai anutan rasmi negara mereka; walau bagaimanapun, pemerintah republik mengiktiraf pemisahan di antara agama dan negara. Abjad Armenia dicipta oleh Mesrop Mashtots pada tahun 405 TM.
Armenia ialah anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, Majlis Eropah dan Pertubuhan Persetiaan Keselamatan Bersama (ODKB atau Pakatan Tashkent). Armenia juga menyokong Artsakh yang diisytiharkan bebas pada 1991.