Ashabul Kahfi

Lukisan votif tujuh Orang Peradu abad ke-19 Jerman. Penulisan mengatakan Bittet für uns Ihr hl. sieben Schläfer (Doa kami (untuk), Tujuh Orang Peradu Suci).

Kisah Ashabul Kahfi (Arab: أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun selepas diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.


Developed by StudentB