Augustus

Patung kepala Gaius Octavius atau Augustus (Augustus Bevilacqua) yang dijumpai di Verona tahun 1589.

Augustus Caesar[1] 23 September 63 SM – 19 Ogos 14 SM) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah Empayar Rom dan seluruh tamadunnya.

Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, beliau memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom. Pemerintahannya menamatkan keadaan gawat republik yang sering dialami perang saudara lebih satu abad sampai membawa empayar Rum ke arah zaman yang aman makmur dan hebat (Pax Romana). Walau Augustus belum bisa ditandingkan dengan kebesaran Julius Caesar namun namanya sering disandingkan dengan Aleksander Agung, Mao Tse Tung, dan George Washington. Gelaran augustus yang diberikannya kepadanya menjadi turunan berterusan de facto kepada semua penguasa empayar Rum sepanjang keberadaan kuasa besar tersebut.[2][3]

  1. ^ Imperator Caesar, anak kepada yang didewakan, Augustus.
  2. ^ Strothmann, Meret (Bochum) (1 October 2006). "Augustus [2]". Brill's New Pauly.
  3. ^ Hammond, Mason (1957). "Imperial Elements in the Formula of the Roman Emperors during the First Two and a Half Centuries of the Empire". Memoirs of the American Academy in Rome. 25: 29–31. doi:10.2307/4238646. JSTOR 4238646.

Developed by StudentB