Republik Azerbaijan ريڤوبليك أذربايجن Azərbaycan Respublikası | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: tiada | |||||
Lagu kebangsaan: Azərbaycan Respublikasının Milli Himni (Kawat Azerbaijan) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Baku | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Azerbaijan | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Ilham Aliyev | ||||
Ali Asadov | |||||
Kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet | |||||
• Republik Demokratik | 28 Mei 1918 | ||||
• Diisytihar | 30 Ogos 1991 | ||||
• Tamat | 25 Disember 1991 | ||||
sedikit sahaja | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | ▲10,139,177 (90) | ||||
• Bancian Penduduk 1999 | 7,953,438 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | ▲$210.864 billion | ||||
▲$21,082 | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | ▲$94.76 billion | ||||
▲$9,346 | |||||
Gini (2019) | 22.3 low Ralat: Nilai Gini tidak sah | ||||
HDI (2019) | ▲0.787 Ralat: Nilai IPM tidak sah | ||||
Mata wang | Manat Azerbaijan ( AZN ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | +994 | ||||
Kod ISO 3166 | AZ | ||||
DPT internet | .az |
Azerbaijan (Bahasa Azeri: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.
Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.