Bahasa Belanda | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nederlands | |||||||
Sebutan | ˈneːdərlɑnts | ||||||
Asli kepada | Belanda, Belgium, Suriname, Aruba, Antillen Belanda, Indonesia, Perancis, Jerman, Guyana Timur | ||||||
Etnik | |||||||
Penutur bahasa | 25 juta (2021)e19 Total (L1 plus L2 speakers): 30 million (2021)[1][2] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Huruf Latin/Rumi | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Aruba, Belgium, Kesatuan Eropah, Belanda, Suriname, Antillen Belanda, Suriname | ||||||
Dikawal selia oleh | Nederlandse Taalunie (Kesatuan Bahasa Belanda) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | nl | ||||||
ISO 639-2 | dut (B) nld (T) | ||||||
ISO 639-3 | nld | ||||||
|
Bahasa Belanda (Fail audio "nl-pronunciation-Nederlands.ogg" tidak ditemui) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium[1][2][3][4] dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).
Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.