Bahasa Dusun

Dusun
Asli kepadaMalaysia, Brunei
KawasanSabah
EtnikDusun
Penutur bahasa
(180,000 setakat 1991)
Kod bahasa
ISO 639-3Pelbagai:
dtp – Dusun Tengah, Kadazandusun
kzs – Dusun Sugut
kzt – Dusun Tambunan
tdu – Dusun Tempasuk
ktr – Tinagas Kota Marudu
mqq – Minokok

Bahasa Dusun merupakan bahasa bumiputera kaum Dusun atau Kadazan-Dusun di Sabah. Bahasa Dusun hampir menyerupai bahasa Kadazan tetapi terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi ejaan dan sebutan. Contohnya "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun dan "sizam" dalam bahasa Kadazan. Akan tetapi, terdapat juga perkataan yang berbeza tetapi maksud yang sama contohnya "di mana" yang disebut "hinonggo" dalam bahasa Dusun dan "hinombo" dalam bahasa Kadazan atau "rumah" yang disebut "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan.

Walaupun kedua-dua bahasa ini sedikit berbeza tetapi kebanyakan suku kaum Dusun-Kadazan menggunakan kedua-dua bahasa ini dalam perbualan seharian.


Developed by StudentB