Bahasa Ibrani Alkitabiah


Bahasa Ibrani Alkitabiah
Bahasa Ibrani Klasik
שְֹפַת כְּנַעַן, יְהוּדִית, (לָשׁוֹן) עִבְרִית, לְשׁוֹן הַקֹּדֶשׁ
Kawasan
Eradibuktikan wujud sejak abad ke-10 SM; berkembang menjadi Bahasa Ibrani Misynah selepas peperangan Yahudi-Rom pada abad pertama TM
Bentuk piawai
Kod bahasa
ISO 639-3Salah satu:
hbo – Bahasa Ibrani kuno
smp – Bahasa Ibrani Samaria
hbo
 smp
Glottologanci1244
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Ibrani Alkitabiah ( עִבְרִית עִבְרִית מִקְרָאִית Mengenai audio ini(Ivrit Miqra'it)  atau לְשׁוֹן הַמִּקְרָא Mengenai audio ini(Lesyon ha-Miqra) ), juga dipanggil bahasa Ibrani Klasik, ialah bahasa Ibrani dalam bentuk kuno. Bahasa Ibrani merupakan salah satu ahli rumpun Kanaan bahasa Semitik yang dituturkan oleh bani Israel di barat Sungai Jordan dan timur Laut Mediterranean. Perkataan "Ibrani" (ivrit) tidak digunakan untuk bahasa Ibrani dalam Alkitab Ibrani, sebaliknya dipanggil שְֹפַת כְּנַעַן (sefat kena'an, 'bahasa Kanaan') atau יְהוּדִית (Yehudit, 'dari Yudea'), tetapi nama "Ibrani" ada digunakan dalam teks-teks berbahasa Yunani Kuno dan Ibrani Misynah.[1]

Bahasa Ibrani dibuktikan wujud dalam batu-batu bersurat dari kira-kira abad ke-10 SM, sewaktu ia hampir sama dengan bahasa Phoenicia dan bahasa-bahasa Kanaan yang lain, dan Ibrani basahan terus digunakan sepanjang dan selepas zaman Bait Suci Kedua, yang berakhir dengan pengepungan Baitulmaqdis (70 TM). Ia akhirnya menjadi bahasa Ibrani Misynah dan dituturkan sehingga abad ke-5 TM.

Bar-Kokhba revolt coin using Paleo-Hebrew script, showing on one side a facade of the Temple, the Ark of the Covenant within, star above; and on the other a lulav with etrog.
Syiling yang dicap semasa pemberontakan Bar Kokhba. Teks Paleo-Ibraninya berbunyi שמעון "Simeon" di hadapan dan לחרות ירושלם "untuk kebebasan Yerusalem" di belakang.
  1. ^ Barton, John, penyunting (2004) [2002]. The Biblical World. 2. Taylor & Francis. m/s. 7. ISBN 978-0-415-35091-4. Yang menariknya, istilah 'Ibrani' (ibrit) tidak digunakan untuk bahasa ini dalam teks alkitabiah.

Developed by StudentB