Bahasa Itali | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
italiano | |||||||
Kawasan | Itali, Malta, Argentina, Uruguay, Somalia, Brazil, Libya, Habsyah, dan berbagai negara lain di Eropah dan benua-benua Amerika | ||||||
Penutur bahasa | 60-65 juta | ||||||
Indo-European
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Itali, Kesatuan Eropah, Switzerland, San Marino, Slovenia, Somalia (bahasa kawasan), Kota Vatican, mukin Istria dari Croatia | ||||||
Dikawal selia oleh | Accademia della Crusca | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | it | ||||||
ISO 639-2 | ita | ||||||
ISO 639-3 | ita | ||||||
|
Wikipedia Bahasa Itali, ensiklopedia bebas |
Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Bahasa Itali |
Bahasa Itali (italiano (bantuan·maklumat) atau lingua italiana) adalah bahasa Romawi yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.[1]
Seperti banyak bahasa yang ditulis menggunakan abjad Latin, bahasa Itali mempunyai konsonan berganda. Bagaimanapun, berbanding dengan konsanan berganda bahasa Perancis , di dalam bahasa Itali, konsonan berganda itu adalah untuk sebutan panjang. Seperti dalam kebanyakan bahasa Romawi yang lain kecuali bahasa Perancis, corak sebutan pic adalah berbeza.
Diantara bahasa-bahasa Romawi, bahasa Itali umumnya dianggap sebagai bahasa yang paling mirip dengan bahasa Latin dari segi kosa kata, melalui bahasa Romania yang memelihara sistem deklensi dari bahasa Latin purba sementara bahasa Sardinia adalah paling konservatif dari segi fonologi.[2]