Bahasa Jawa | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Båså Jåwå ꦧꦱꦗꦮ باسا جاوا Båså Jawi | |||||||||
Asli kepada | Indonesia | ||||||||
Kawasan | Indonesia:Pulau Jawa (terutama di Jawa Tengah, Daerah Istimewa Yogyakarta, dan Jawa Timur); Lampung; dan provinsi-provinsi lain sepanjang Indonesia.Daerah dengan diaspora Jawa yang signifikan: Belanda • Suriname • Malaysia (terutama di Johor, Perak, Selangor, dan minoriti di Sarawak dan Sabah) • New Caledonia | ||||||||
Etnik | Jawa | ||||||||
Penutur bahasa | −21 juta penutur jati (2023)www.detik.com > detikpedia | ||||||||
Austronesia
| |||||||||
Bentuk awal | |||||||||
Latin Tulisan Jawa Pegon | |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Daerah Istimewa Yogyakarta[1] | ||||||||
Bahasa minoriti dikenali di | |||||||||
Dikawal selia oleh | Balai Bahasa Provinsi Jawa Tengah Balai Bahasa DI Yogyakarta Balai Bahasa Provinsi Jawa Timur | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | jv | ||||||||
ISO 639-2 | jav | ||||||||
ISO 639-3 | Pelbagai:jav – bahasa Jawajvn – bahasa Jawa Karibiajas – bahasa Jawa Kaledonia Baruosi – bahasa Osingtes – bahasa Tenggerkaw – bahasa Jawa Kuno | ||||||||
Glottolog | mode1251 | ||||||||
Hijau tua: wilayah bahasa Jawa sebagai bahasa asli dan majoriti.Hijau muda: wilayah bahasa Jawa sebagai bahasa minoriti. | |||||||||
Page Templat:Maplink/styles-multi.css has no content. |
Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan etnik Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi kepada dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Ngoko sendirinya berkembang secara tidak langsung menjadi ngoko kasar dan ngoko halus (campuran ngoko dan kromo) Selanjutnya, Krama itu terbahagi lagi menjadi Krama, Krama Madya, Krama Inggil (Krama Halus).
Krama Madya inipun agak berlainan antara Krama yang dituturkan di kota (Sala) dengan Krama yang dituturkan di pinggiran (desa). Justeru, Krama Haluspun berlainan antara Krama Halus/Inggil yang dituturkan oleh kalangan Kraton (Istana) dengan kalangan rakyat biasa (awam).
Bahasa Jawa dianggarkan dituturkan sekitar dua pertiga penduduk pulau Jawa; jumlah keseluruhan penutur bahasa Jawa dalam negara Indonesia diperkirakan mencapai sekitar 80 juta orang pada tahun 2023.[2] Ia antara bahasa utama dituturkan dalam Jakarta ibukota negara Indonesia[3] yang mempengaruhi utama bahasa baku Indonesia selain loghat-loghat Betawi dan Riau sebanyak 69.1% dari keseluruhan bahasa daerah diserap.[4]
Bahasa Jawa ini mempunyai aksaranya sendiri yang dikembangkan daripada huruf Pallava dan juga huruf Pegon yang diubah suai daripada huruf Arab.
Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan Jawa ke Malaysia sehinggakan terdapat kawasan penempatan mereka dikenali sebagai kampung Jawa dan padang Jawa. Bahasa jawa juga bahasa rasmi di daerah Istimewa Yogyakarta[5]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama perda-no-2-tahun-2021