Bahasa Jepun Kuno

Bahasa Jepun Kuno
上代日本語
Lekapan batu dengan sebelas lajur aksara Cina standard
Lekapan puisi dari batu bersurat Bussokuseki-kahi bertarikh tahun 752 M, mencatat bahasa Jepun Kuno menggunakan tulisan Cina
KawasanJepun
Eraabad ke-8
Japonik
  • Bahasa Jepun Kuno
Man'yōgana
Kod bahasa
ISO 639-3ojp
ojp [a]
Glottologoldj1239
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Jepun Kuno (上代日本語, Jōdai Nihon-go) merupakan tahap tertua perkembangan Bahasa Jepun yang ditentusahkan, direkodkan dalam dokumen dari zaman Nara (abad ke-8). Bahasa ini berkembang menjadi bahasa Jepun Pertengahan Awal pada Zaman Heian, tetapi julat tempoh yang tepat antara dua tahap perkembangan bahasa tersebut mempunyai kontroversi. Bahasa Jepun Kuno merupakan ahli awal keluarga bahasa Japonik. Tiada hubungan genetik dengan keluarga bahasa lain telah terbukti.

Bahasa Jepun Kuno ditulis menggunakan man'yōgana yang menggunakan aksara Cina sebagai silabogram atau (kadang-kadang) logogram. Ia menampilkan beberapa perbezaan fonemik daripada bentuk terkemudian, seperti struktur suku kata yang lebih mudah dan perbezaan antara beberapa pasangan suku kata yang telah disebut secara secaman sejak zaman bahasa Jepun Pertengahan Awal. Realisasi fonetik untuk pembezaan fonemik ini masih kurang pasti. Rekonstruksi dalaman telah menunjukkan fasa bahasa Jepun pra-Kuno yang mempunyai bilangan bunyi konsonan dan bunyi vokal yang lebih sedikit.

Seperti bahasa-bahasa Jepun yang lain, Bahasa Jepun Kuno pada dasarnya merupakan bahasa aglutinatif dengan susunan kata subjek–objek–kata kerja, kata adjektif dan kata adverba mendahului kata nama dan kata kerja yang telah diubahsuai, dan kata kerja bantu dan kata partikel yang dipaut pada kata kerja utama. Tidak seperti pada zaman yang kemudian, kata sifat bahasa Jepun Kuno boleh digunakan tanpa infleksi untuk mengubah suai kata nama berikut. Kata kerja bahasa Jepun Kuno mempunyai sistem yang kaya dengan kala masa dan akhiran aspek.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB