Bahasa Jerman | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Deutsch | |||||||
Sebutan | [dɔʏ̯tʃ] | ||||||
Asli kepada | Jerman, Austria, Switzerland, Liechtenstein, Belgium dan Luxembourg | ||||||
Kawasan | Eropah Tengah, Eropah Barat | ||||||
Penutur bahasa | Penutur asli: 100 juta Bahasa kedua: 80 juta | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Luxembourg, Belgium, Kesatuan Eropah. Kawasan atau bahasa rasmi tempatan di: Denmark, Itali, Poland (Bahasa rasmi dari Namibia hingga 1990). | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | de | ||||||
ISO 639-2 | ger (B) deu (T) | ||||||
ISO 639-3 | deu – kod inklusifKod individu: deu | ||||||
|
Bahasa Jerman (Deutsch disebut [dɔʏtʃ] ) adalah sebuah bahasa Jermanik Barat. Ia anggota cabang Barat rumpun Jermanik dalam keluarga bahasa Indo-Eropah dan salah satu dari bahasa dunia utama, dituturkan oleh lebih daripada 120 juta orang di sekurang-kurangnya 38 negara dunia.
Bahasa ini mula dikamuskan bersama bahasa Melayu dalam suatu perbendaharaan kata dwibahasa tahun 1601 dikarang Gotthard Arthur, seorang guru di sekolah kota Frankfurt semasa menyunting makalah perjalanan Petits voyages gubahan anak-beranak Johann dan Theodor de Bry yang mencatat pemerhatian flora dan fauna sepanjang pelayaran di kepulauan Maluku yang sezaman.[1]