Bahasa Lao | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
ພາສາລາວ phaasaa laao | |||||||
Asli kepada | Laos, Thailand, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, China | ||||||
Penutur bahasa | 3,188,577 (1991) | ||||||
Tulisan Lao | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Laos | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | lo | ||||||
ISO 639-2 | lao | ||||||
ISO 639-3 | lao | ||||||
|
Bahasa Lao (ພາສາລາວ phaasaa laao) (BGN/PCGN: phasa lao, IPA: [pʰaːsaː laːw]) merupakan bahasa rasmi negara Laos. Ia merupakan bahasa tonal dari keluarga bahasa Kradai dan keluarga Tai. Dialek bahasa Lao dituturkan di Thailand Timur Laut sebagai bahasa Isan. Selain sebagai bahasa utama bangsa Lao, bahasa Lao merupakan bahasa kedua bagi pelbagai suku bangsa di Laos dan Isan. Seperti halnya bahasa-bahasa di Laos, bahasa Lao ditulis dengan huruf abugida. Walaupun tidak ditetapkan sebagai standard rasmi, dialek Vientiane secara amnya ialah dialek rasmi bahasa Lao.