Bahasa Latin

Bahasa Latin
lingua Latina
Asli kepadaWilayah Latium, Rom Kuno
PupusLatin Lewat diperkembangkan ke dalam pelbagai bahasa Romawi pada abad ke-9
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Kota Vatican
Digunakan untuk tujuan rasmi, tetapi tidak dituturkan dalam pertuturan harian
Kod bahasa
ISO 639-1laa
ISO 639-2lat
ISO 639-3
lat

Bahasa Latin (lingua Latina atau Latinum) ialah bahasa kuno yang mula dikembangkan dalam kalangan bangsa Latin di wilayah Latium (merangkumi wilayah Lazio kini) di tengah Semenanjung Itali[1] dan mula-mula dipertuturkan pada zaman Rom Kuno.

Bahasa ini dituturkan di banyak kawasan taklukan setempat Empayar Rom sejak abad pertama SM mula menyimpang dari bentuk yang dibakukan dalam persuratan banyak penulis dan ilmuwan Rumawi; bahasa seharian ini mula dibezakan sebagai bahasa "kebanyakan" (sermo plebeius atau sermo vulgaris) daripada bahasa yang "klasik".[2] Penuturan bahasa cakapan ini serata kawasan Rumawi mencirikan unsur setempat yang lama-kelamaan membentuk bahasa-bahasa Romawi pada abad ke-6 hingga 9;[3] bahasa Itali yang berasaskan dialek Toscana serta dialek Logudoro bahasa Sardinia paling dekat dan memelihara ciri bahasa Latin induk.[4]

Ia kini jarang sekali digunakan dalam zaman moden kecuali sebagai bahasa sebahagian pegawai rasmi di Kota Vatican, negara terkecil di dunia diperintah Takhta Suci juga selaku ketua Gereja Katolik, malah upacara tertentu diamalkan badan gereja ini seperti Ritus Rom turut dibaca dalam bahasa Latin. Pengaruh kerajaan Romawi yang kuat pada zaman dahulu meninggalkan kesan bahasa Latin yang mendalam pada bahasa moden Eropah seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis, Oleh sebab inilah bahasa Latin ini juga diajarkan di banyak tahap pendidikan dasar, menengah, dan tinggi dunia Barat:[5][6] bahasa Latin ada dalam 2.3% seluruh sekolah rendah negara United Kingdom[7] manakala lebih 500,000 orang pelajar di Jerman memilih belajar ini juga.[8]

  1. ^ Sandys, John Edwin (1910). A companion to Latin studies. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 811–812.
  2. ^ Clark 1900, halaman 1–3
  3. ^ Herman 2000, halaman 8
  4. ^ Pei, Mario (1949). Story of Language. Lippincott. m/s. 28. ISBN 978-0-397-00400-3.
  5. ^ Hu, Winnie (6 October 2008). "A Dead Language That's Very Much Alive". New York Times.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ Eskenazi, Mike (2 December 2000). "The New case for Latin". TIME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada 2015-01-30. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Woolcock, Nicola (29 June 2023). "Latin is now fourth most-taught language in primary schools". The Times. Dicapai pada 20 August 2023.
  8. ^ Breitenbach, Dagmar (27 July 2023). "Why Latin should not become extinct in school". Deutsche Welle. Dicapai pada 20 August 2023.

Developed by StudentB