Malayalam | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
മലയാളംMalayāḷaṁ | |||||||
Asli kepada | India | ||||||
Kawasan | Paling menonjol di Kerala, Lakshadweep dan Mahe (mayyazhi) di Pondicherry | ||||||
Penutur bahasa | 45 juta | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Negeri Kerala dan Wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | ml | ||||||
ISO 639-2 | mal | ||||||
ISO 639-3 | mal | ||||||
|
Bahasa Malayalam (Tulisan Malayalam: മലയാളം) adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 45 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.
Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.