Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
بهاس ملايو
ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ
Asli kepada Indonesia
 Malaysia
 Brunei
 Singapura
 Filipina (Sulu dan Mindanao)
 Thailand (Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Ranong, Trang dan Satun)
 Myanmar (Tanintharyi)
 Kemboja (Phnom Penh, Kampong Cham, Kampong Speu, Kampong Chhnang, Kampong Thom, Battambang, dan Pursat)
 Australia (Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos)
KawasanAsia Tenggara (terutama di Nusantara)
Penutur bahasa
B1: 82 juta (2023)[1]
Jumlah (B1 dan B2): 200–290 juta (2009)[2] (termasuk penutur Bahasa Indonesia)
Bentuk piawai
Rumi (latin)
Jawi (Arab)
Thai (Khususnya Melayu di Thailand)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Indonesia (Kelainan dialek-dialek Melayu yang terdapat di Indonesia merupakan bahasa-bahasa daerah, manakala bahasa Indonesia ialah bahasa kebangsaan & rasmi)
 Malaysia (Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikawalselia pemiawaiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia)
 Brunei (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi manakala dialek bahasa Melayu Brunei dituturkan sebagai bahasa sosial)
 Singapura (bahasa Melayu ialah salah satu daripada empat bahasa rasmi)

  •  UNESCO[3] (Bahasa Indonesia salah satu bahasa rasmi)
Bahasa minoriti
dikenali di
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bahasa Indonesia dipakai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

 Thailand (sebagai Bahasa Melayu Pattani dan sebahagian penutur Bahasa Melayu Kedah)

 Myanmar (Bahasa Melayu Kedah dituturkan oleh orang Melayu Burma dan Moken)

 Kemboja (Bahasa Melayu ialah bahasa yang popular dituturkan oleh Orang Cam di Kemboja)

 Filipina sebagai bahasa perdagangan dengan Malaysia dan di Wilayah Autonomi Islam Mindanao dan Balabac)

 Sri Lanka (Bahasa Melayu Sri Lanka adalah bahasa kreol Melayu dituturkan dalam kalangan masyarakat Melayu Sri Lanka, Sinhala, dan Hambantota)

 Timor Leste (Bahasa Indonesia digunakan sebagai bahasa kerja dan bahasa perdagangan)

 Australia (Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos) (sebagai bahasa Melayu Cocos)

 Afrika Selatan (Bahasa Melayu dipakai oleh penduduk Melayu yang bermukim di wilayah Cape Town dan Johannesburg. Bentuk piawai Malaysia yang paling lazim dipakai)
Dikawal selia olehPeringkat rantau:
MalaysiaBruneiIndonesia
Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) Peringkat kebangsaan:
Indonesia Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa
Brunei Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Singapura Majlis Bahasa Melayu Singapura
Kod bahasa
ISO 639-1ms
ISO 639-2may (B)
msa (T)
ISO 639-3Pelbagai:
zlm – Bahasa Melayu (generik)
msa – Bahasa Melayu (tertentu)
btj – Bahasa Melayu Bacan
bve – Bahasa Melayu Berau
bvu – Bahasa Melayu Bukit
coa – Bahasa Melayu Cocos
jax – Bahasa Melayu Jambi
bke – Bahasa Melayu Bengkulu
plm – Bahasa Melayu Palembang
bsm – Bahasa Melayu Basemah
mfb – Bahasa Melayu Bangka
meo – Bahasa Melayu Kedah
mqg – Bahasa Melayu Kutai Kota Bangun
xmm – Bahasa Melayu Manado
max – Bahasa Melayu Maluku Utara
mfa – Bahasa Melayu Kelantan-Pattani
msi – Bahasa Melayu Sabah
vkt – Bahasa Melayu Kutai Tenggarong
hji – Bahasa Haji
bew – Bahasa Betawi
pmy – Bahasa Melayu Papua
bjn – Bahasa Banjar
zsm –  Bahasa Melayu Standard
ind – Bahasa Indonesia
zmi – Bahasa Melayu Negeri Sembilan
tiada – Bahasa Melayu Sarawak
bln – Bahasa Melayu Bulungan
Glottologindo1326
Negara-negara yang mana Bahasa Melayu dituturkan
  Bahasa rasmi
  Diiktiraf sebagai bahasa minoriti atau bahasa perdagangan

Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو; Rejang: ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia, yang merupakan bahasa rasmi di Malaysia Brunei, Indonesia, dan Singapura, serta dituturkan di Timor Leste dan sebahagian wilayah di Kemboja , Filipina dan Thailand. Jumlah penutur bahasa ini mencakupi lebih daripada 290 juta penutur[4] (termasuk sebanyak 260 juta orang penutur bahasa Indonesia)[5] merentasi kawasan maritim Asia Tenggara.

Sebagai salah satu daripada bahasa-bahasa yang paling luas digunakan di Asia Tenggara, bahasa Melayu mempunyai istilah perundangan yang berbeza di negara-negara terlibat bergantung pada sejarah dan budaya penggunaan bahasa Melayu di negara-negara tersebut. Di Malaysia, istilah "bahasa Melayu" ialah istilah de jure untuk pentakrifan rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia,[6] manakala istilah "bahasa Malaysia" atau "bahasa Melayu Malaysia" seringkali digunakan mewakili perkara yang sama secara tidak formal di kalangan rakyat Malaysia. Di Singapura, Bahasa Melayu mempunyai status bahasa kebangsaan pada waktu yang sama merupakan salah satu daripada empat bahasa rasmi (tiga lagi bahasa rasmi lain ialah bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil).[7] Di Brunei, "bahasa Melayu" juga ditakrifkan sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa Melayu diutamakan apabila berlakunya percanggahan dengan versi bahasa Inggeris teks undang-udang.[8] Di Indonesia, bentuk piawai bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Indonesia yang berperanan sebagai bahasa pemersatu di negara Indonesia. Penggunaan istilah "bahasa Melayu" di Indonesia pula hanya terhad kepada bentuk-bentuk vernakular bahasa Melayu (yakni bahasa Melayu tempatan) yang dituturkan di kawasan yang pernah di bawah pemerintahan Kesultanan Johor-Riau terletak di zon tengah Sumatra (seperti Riau, Kepulauan Riau, Jambi dan lain-lain), Sumatra Selatan dan Kalimantan Barat Indonesia.[a] Di Timor Leste, Bahasa Indonesia masih tetap dikekalkan sebagai bahasa rasmi utamanya sebagai "bahasa bekerja" walaupun telah merdeka daripada negara Indonesia. Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang dari Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Seorang penutur bahasa Melayu piawai di Langkawi
Seorang pemuda sedang bercakap dalam dialek Kedah

Bahasa Melayu Klasik, secara spesifiknya "bahasa istana" (atau dikenali sebagai Court Malay dalam bahasa Inggeris), ialah bahasa piawai sastera bersusurgalur daripada kesultanan Melaka dan kesultanan Johor, disebabkan itulah bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa Melayu Melaka, Johor, Riau (atau pelbagai jenis gabungan nama yang berasaskan mana-mana dari tiga nama tempat ini) untuk membezakannya daripada bahasa-bahasa Melayik yang lain. Menurut Ethnologue 26, beberapa kelainan bahasa-bahasa Melayik disenaraikan sebagai bahasa-bahasa yang terpisah, termasuklah kelainan bahasa-bahasa Melayu Semenanjung yang dituturkan oleh Orang Asli, yang sangat rapat hubungannya dengan bahasa Melayu Baku yang boleh dianggap sebagai dialek-dialeknya.[11] Terdapat beberapa bahasa dagang atau bahasa kreol Melayu yang berdasarkan satu bentuk lingua franca yang disusurgalurkan ke bahasa Melayu Klasik.

  1. ^ Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D. (8 Mei 2023). "Malay (macrolanguage), Ethnologue Essentials" (ed. 26). Dallas, Texas: SIL International. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2023. Dicapai pada 8 Mei 2023. Sejumlah 82,223,886 orang penutur asli bahasa makro Melayu (kod "msa"), meliputi kesemua variasi-variasi di bawah kumpulan bahasa Melayik, tetapi tidak termasuk kumpulan bahasa Ibanik, bahasa Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Urak-Lawoi dan bahasa Dayak Melayik.
  2. ^ Uli, Kozok (30 Ogos 2022). "How many people speak Indonesian". University of Hawaii at Manoa. Dicapai pada 30 Ogos 2022. James T. Collins (Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu, Jakarta: KPG 2009) gives a conservative estimate of approximately 200 million, and a maximum estimate of 250 million speakers of Malay (Collins 2009, p. 17).
  3. ^ "Recognition of Bahasa Indonesia as an official language of the General Conference of UNESCO". UNESCO General Conference. UNESCO (42). 2023. Dicapai pada 2023-11-20.
  4. ^ 10 juta di Malaysia, 5 juta penutur bahasa Melayu serta tambahan 260 juta penutur bahasa Indonesia di Indonesia, dan lain-lain kelainan bahasa Melayu.
  5. ^ Wardhana, Dian Eka Chandra (2021). "Indonesian as the Language of ASEAN During the New Life Behavior Change 2021". Journal of Social Work and Science Education. 1 (3): 266–280. doi:10.52690/jswse.v1i3.114. Dicapai pada 29 January 2021.
  6. ^ "Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan" (PDF).
  7. ^ "Constitution of the Republic of Singapore (2020 Revised Edition)". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2023., berkuatkuasa bermula 31 Disember 2021.
  8. ^ "Brunei Darussalam's Constitution of 1959 with Amendments through 2006" (PDF). www.agc.gov.bn. March 31, 2021.
  9. ^ Blust, Robert (2013). The Austronesian Languages (ed. revised). Australian National University. hdl:1885/10191. ISBN 978-1-922185-07-5.
  10. ^ Tadmor, Uri (2009). "Malay-Indonesian". Dalam Bernard Comrie (penyunting). The World's Major Languages (ed. 2nd). London: Routledge. m/s. 791–818.
  11. ^ Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D. (8 Mei 2023). "Austronesian (Subgroup of 1256 languages), Ethnologue Essentials" (ed. 26). Dallas, Texas: SIL International. Dicapai pada 8 Mei 2023. Kaedah pengelasan yang dikemukakan oleh Ethnologue 26, kumpulan bahasa Melayik terdiri daripada bahasa makro Melayu (kod "msa"), serta kumpulan bahasa Ibanik, bahasa Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Urak-Lawoi dan bahasa Dayak Melayik.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB