Bahasa Melayu | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Melayuبهاس ملايوꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ | |||||||
Asli kepada | Indonesia Malaysia Brunei Singapura Filipina (Sulu dan Mindanao) Thailand (Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Ranong, Trang dan Satun) Myanmar (Tanintharyi) Kemboja (Phnom Penh, Kampong Cham, Kampong Speu, Kampong Chhnang, Kampong Thom, Battambang, dan Pursat) Australia (Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos) | ||||||
Kawasan | Asia Tenggara (terutama di Nusantara) | ||||||
Penutur bahasa | B1: 82 juta (2023)[1] Jumlah (B1 dan B2): 200–290 juta (2009)[2] (termasuk penutur Bahasa Indonesia) | ||||||
Bentuk piawai | |||||||
Rumi (latin) Jawi (Arab) Thai (Khususnya Melayu di Thailand) | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Indonesia (Kelainan dialek-dialek Melayu yang terdapat di Indonesia merupakan bahasa-bahasa daerah, manakala bahasa Indonesia ialah bahasa kebangsaan & rasmi) Malaysia (Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikawalselia pemiawaiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) Brunei (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi manakala dialek bahasa Melayu Brunei dituturkan sebagai bahasa sosial) Singapura (bahasa Melayu ialah salah satu daripada empat bahasa rasmi)
| ||||||
Bahasa minoriti dikenali di | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bahasa Indonesia dipakai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
Thailand (sebagai Bahasa Melayu Pattani dan sebahagian penutur Bahasa Melayu Kedah) Myanmar (Bahasa Melayu Kedah dituturkan oleh orang Melayu Burma dan Moken) Kemboja (Bahasa Melayu ialah bahasa yang popular dituturkan oleh Orang Cam di Kemboja) Filipina sebagai bahasa perdagangan dengan Malaysia dan di Wilayah Autonomi Islam Mindanao dan Balabac) Sri Lanka (Bahasa Melayu Sri Lanka adalah bahasa kreol Melayu dituturkan dalam kalangan masyarakat Melayu Sri Lanka, Sinhala, dan Hambantota) Timor Leste (Bahasa Indonesia digunakan sebagai bahasa kerja dan bahasa perdagangan) Australia (Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos) (sebagai bahasa Melayu Cocos) Afrika Selatan (Bahasa Melayu dipakai oleh penduduk Melayu yang bermukim di wilayah Cape Town dan Johannesburg. Bentuk piawai Malaysia yang paling lazim dipakai) | ||||||
Dikawal selia oleh | Peringkat rantau: Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) Peringkat kebangsaan: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Majlis Bahasa Melayu Singapura | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | ms | ||||||
ISO 639-2 | may (B) msa (T) | ||||||
ISO 639-3 | Pelbagai:zlm – Bahasa Melayu (generik)msa – Bahasa Melayu (tertentu)btj – Bahasa Melayu Bacanbve – Bahasa Melayu Beraubvu – Bahasa Melayu Bukitcoa – Bahasa Melayu Cocosjax – Bahasa Melayu Jambibke – Bahasa Melayu Bengkuluplm – Bahasa Melayu Palembangbsm – Bahasa Melayu Basemahmfb – Bahasa Melayu Bangkameo – Bahasa Melayu Kedahmqg – Bahasa Melayu Kutai Kota Bangunxmm – Bahasa Melayu Manadomax – Bahasa Melayu Maluku Utaramfa – Bahasa Melayu Kelantan-Pattanimsi – Bahasa Melayu Sabahvkt – Bahasa Melayu Kutai Tenggaronghji – Bahasa Hajibew – Bahasa Betawipmy – Bahasa Melayu Papuabjn – Bahasa Banjarzsm – Bahasa Melayu Standardind – Bahasa Indonesiazmi – Bahasa Melayu Negeri Sembilantiada – Bahasa Melayu Sarawakbln – Bahasa Melayu Bulungan | ||||||
Glottolog | indo1326 | ||||||
Negara-negara yang mana Bahasa Melayu dituturkan
Bahasa rasmi
Diiktiraf sebagai bahasa minoriti atau bahasa perdagangan |
Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو; Rejang: ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia, yang merupakan bahasa rasmi di Malaysia Brunei, Indonesia, dan Singapura, serta dituturkan di Timor Leste dan sebahagian wilayah di Kemboja , Filipina dan Thailand. Jumlah penutur bahasa ini mencakupi lebih daripada 290 juta penutur[4] (termasuk sebanyak 260 juta orang penutur bahasa Indonesia)[5] merentasi kawasan maritim Asia Tenggara.
Sebagai salah satu daripada bahasa-bahasa yang paling luas digunakan di Asia Tenggara, bahasa Melayu mempunyai istilah perundangan yang berbeza di negara-negara terlibat bergantung pada sejarah dan budaya penggunaan bahasa Melayu di negara-negara tersebut. Di Malaysia, istilah "bahasa Melayu" ialah istilah de jure untuk pentakrifan rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia,[6] manakala istilah "bahasa Malaysia" atau "bahasa Melayu Malaysia" seringkali digunakan mewakili perkara yang sama secara tidak formal di kalangan rakyat Malaysia. Di Singapura, Bahasa Melayu mempunyai status bahasa kebangsaan pada waktu yang sama merupakan salah satu daripada empat bahasa rasmi (tiga lagi bahasa rasmi lain ialah bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil).[7] Di Brunei, "bahasa Melayu" juga ditakrifkan sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa Melayu diutamakan apabila berlakunya percanggahan dengan versi bahasa Inggeris teks undang-udang.[8] Di Indonesia, bentuk piawai bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Indonesia yang berperanan sebagai bahasa pemersatu di negara Indonesia. Penggunaan istilah "bahasa Melayu" di Indonesia pula hanya terhad kepada bentuk-bentuk vernakular bahasa Melayu (yakni bahasa Melayu tempatan) yang dituturkan di kawasan yang pernah di bawah pemerintahan Kesultanan Johor-Riau terletak di zon tengah Sumatra (seperti Riau, Kepulauan Riau, Jambi dan lain-lain), Sumatra Selatan dan Kalimantan Barat Indonesia.[a] Di Timor Leste, Bahasa Indonesia masih tetap dikekalkan sebagai bahasa rasmi utamanya sebagai "bahasa bekerja" walaupun telah merdeka daripada negara Indonesia. Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang dari Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Bahasa Melayu Klasik, secara spesifiknya "bahasa istana" (atau dikenali sebagai Court Malay dalam bahasa Inggeris), ialah bahasa piawai sastera bersusurgalur daripada kesultanan Melaka dan kesultanan Johor, disebabkan itulah bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa Melayu Melaka, Johor, Riau (atau pelbagai jenis gabungan nama yang berasaskan mana-mana dari tiga nama tempat ini) untuk membezakannya daripada bahasa-bahasa Melayik yang lain. Menurut Ethnologue 26, beberapa kelainan bahasa-bahasa Melayik disenaraikan sebagai bahasa-bahasa yang terpisah, termasuklah kelainan bahasa-bahasa Melayu Semenanjung yang dituturkan oleh Orang Asli, yang sangat rapat hubungannya dengan bahasa Melayu Baku yang boleh dianggap sebagai dialek-dialeknya.[11] Terdapat beberapa bahasa dagang atau bahasa kreol Melayu yang berdasarkan satu bentuk lingua franca yang disusurgalurkan ke bahasa Melayu Klasik.
Sejumlah 82,223,886 orang penutur asli bahasa makro Melayu (kod "msa"), meliputi kesemua variasi-variasi di bawah kumpulan bahasa Melayik, tetapi tidak termasuk kumpulan bahasa Ibanik, bahasa Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Urak-Lawoi dan bahasa Dayak Melayik.
James T. Collins (Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu, Jakarta: KPG 2009) gives a conservative estimate of approximately 200 million, and a maximum estimate of 250 million speakers of Malay (Collins 2009, p. 17).
Kaedah pengelasan yang dikemukakan oleh Ethnologue 26, kumpulan bahasa Melayik terdiri daripada bahasa makro Melayu (kod "msa"), serta kumpulan bahasa Ibanik, bahasa Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Urak-Lawoi dan bahasa Dayak Melayik.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan