Bahasa Occitan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
occitan, lenga d'òc | |||||||
Asli kepada | Perancis, Sepanyol, Itali, Monaco | ||||||
Penutur bahasa | 1,939,000 | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Rasmi di Catalonia, Sepanyol | ||||||
Dikawal selia oleh | Conselh de la Lenga Occitana | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | oc | ||||||
ISO 639-2 | oci | ||||||
ISO 639-3 | oci | ||||||
|
Bahasa Occitan (nama tempatan: occitan [utsiˈta],[1]) atau Bahasa Ok (lenga d'òc atau langue d'oc [ˈleŋgɔˈðɔ(k)];[2] Nama timangan tempatan: la lenga nòstra [laˈleŋgɔˈnɔstrɔ][3] iaitu "bahasa kami/kita") merupakan sebuah bahasa Romawi yang dituturkan di Occitania, iaitu Selatan Perancis, Lembah Occitan di Itali, Monaco, dan di Lembah Aran di Sepanyol. Bahasa ini juga dituturkan di lingkungan linguistik Guardia Piemontese (Calabria, Itali). Bahasa ini hanya rasmi di Lembah Aran (dan di kawasan Catalonia, yang termasuk Aran).
Istilah "Provençal" juga digunakan untuk merujuk kepada Bahasa Occitan.