Bahasa baku

Bahasa baku (juga bahasa piawai, bahasa standard, kelainan baku, loghat baku, loghat terpiawai, dan standard) ialah kelainan bahasa yang telah mengalami pengkanunan yang cukup banyak terhadap tatabahasa dan penggunaannya,[1][2] walaupun kadangkala istilah tersebut merujuk keseluruhan suatu bahasa yang memasukkan bentuk terpiawai sebagai salah satu kelainanan.[3][4] Biasanya, kelainan bahasa yang mengalami pemiawaian yang cukup banyak ialah loghat yang dikaitkan dengan pusat perdagangan dan kerajaan.[5] Dengan proses yang ahli antropologi lingustik panggil "anjakan rujukan"[6] dan yang ahli sosiolinguistik panggil "penghuraian fungsi",[7] kelainan ini memperoleh darjat masyarakat yang dikaitkan dengan perdagangan dan kerajaan. Sebagai kesan sosiologi bagi proses ini, kebanyakan pengguna bahasa ini mula percaya bahawa bahasa baku memang unggul atau menganggapinya garis dasar bahasa untuk menilai kelainan bahasa yang lain.[8]

Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:

  • Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat;
  • Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan
  • Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.


Developed by StudentB