Bahasa istana atau bahasa dalam ialah suatu laras bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja sama ada dengan tujuan berhubung atau berbicara dengan golongan tersebut mahupun semasa menyebut atau memberitakan hal ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun sudah tinggal sejarah.
Bahasa istana mungkin berasal daripada bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada dan bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana,[1][sumber lebih baik diperlukan] atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.[perlu rujukan]
Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam kalangan bahasa Melayu, Nyōbō kotoba[2][sumber lebih baik diperlukan] bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris.[perlu rujukan]
Terdapat perbezaan antara bahasa dalam di Malaysia dengan bahasa dalam di Brunei.[perlu rujukan]