Bandar Raya Djibouti
| |
---|---|
Koordinat: 11°35′18″N 43°08′42″E / 11.58833°N 43.14500°EKoordinat: 11°35′18″N 43°08′42″E / 11.58833°N 43.14500°E | |
Negara | Djibouti |
Kawasan | Kawasan Djibouti |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar Djibouti | Fatouma Awaleh Osman |
Keluasan | |
• Jumlah | 26 km2 (10 batu persegi) |
Aras | 14 m (46 ft) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 219,000 |
• Kepadatan | 12,000/km2 (30,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+3 (UTC+3) |
HDI (2018) | ▲ 0.504[1] low |
Bandar Raya Djibouti (Somali: Magaalada Jabuuti ; Arab: مدينة جيبوتي, rumi: Madīnat Jībūtī ; Perancis: Ville de Djibouti ) ialah ibu kota Djibouti dan bandarnya yang paling besar.
Kota ini menempatkan sebanyak kira-kira 600,000 orang penduduk[2] atau 54% keseluruhan kependudukan negara Djibouti. Kedudukan ia amat strategik di tengah-tengah banyak laluan perkapalan dunia sebagai tempat pengisian minyak selain adanya Pelabuhan Djibouti yang turut menjadi pelabuhan import dan eksport banyak barangan ke negara Habsyah yang dikelilingi daratan. Kota ini merupakan bandar kedua terbesar dari segi pasaran ekonomi di Tanduk Afrika selepas Addis Ababa.