Bandar Victoria بندر ۏيكتوريا | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Wilayah Persekutuan | Labuan |
Ditubuhkan sejak era NBCC | 1946 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod pos | 87xxx |
Kod kawasan | 087 |
Bandar Victoria (Sebutan bahasa Malaysia: [vikˈtɔriˈa]) adalah ibukota bagi Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Ia merupakan sebuah bandar pesat yang terletak dalam sebuah pulau yang pinggiran sebelah barat pulau Borneo. Bandar ini meliputi kawasan Pelabuhan Labuan yang merupakan kawasan dermaga interport penting bagi kapal laut dalam yang akan meneruskan perjalanan ke China, Jepun dan Korea khususnya yang baru memulakan perjalanan dari negara Brunei Darussalam, utara Sarawak dan pantai barat Sabah.