Republik Rakyat Bangladesh গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ Gônoprojatontri Banglaôdesh | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: জয় বাংলা (Bengali) Joy Bangla Kemenangan untuk Bengal [1][2] | |||||
Lagu kebangsaan: Amar Sonar Bangla | |||||
Meterai Kerajaan | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Dhaka 23°45′50″N 90°23′20″E / 23.76389°N 90.38889°E | ||||
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Bahasa Benggali[4] | ||||
Demonim | Orang Bangladesh | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Mohammed Shahabuddin (মোহাম্মদ সাহাবুদ্দিন) | ||||
Muhammad Yunus (মুহাম্মদ ইউনূস) | |||||
Kemerdekaan dari Pakistan | |||||
• Diisytiharkan | 26 Mac 1971 | ||||
• Hari Kemenangan | 16 Disember 1971 | ||||
7.0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2007 | 150,448,339[5] (7) | ||||
• Bancian Penduduk 2001 | 129,247,2331 | ||||
KDNK (PPP) | 2006 | ||||
• Jumlah | $330.8 bilion (ke-31) | ||||
$2200 (138) | |||||
Gini (2000) | 31.8 sederhana | ||||
HDI (2004) | 0.530 rendah · 137 | ||||
Mata wang | Taka ( BDT ) | ||||
Zon waktu | UTC+6 (BDT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+6 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | 880 (SubKod) | ||||
Kod ISO 3166 | BD | ||||
DPT internet | .bd, বাংলা |
Bangladesh (Bahasa Benggali: বাংলাদেশবাংলাদেস) atau nama rasminya Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Banglôdesh) ialah sebuah negara di sebelah timur laut anak benua India rantau Asia Selatan bersempadanan dengan India di sebelah barat, utara dan timur serta Myanmar di sebelah tenggara menghadap Teluk Benggala di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.
Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.
Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.
Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.
Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).
Pada 13 Januari 1972, kementerian Bangladesh telah menerima pakai lagu ini sebagai lagu kawad kebangsaan pada pertemuan pertama selepas kemerdekaan negara.