Bangsamoro

Bangsamoro
بانجسامورو (Arab)
باڠسامورو (Tausug)
Wilayah autonomi
Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao
Filipina: Rehiyong Awtonomo ng Bangsamoro sa Muslim Mindanao
Arab: منطقة بانجسامورو ذاتية الحكم فى مسلمى مينداناو
Pusat Pemerintahan BangsamoroAir terjun Bulingan, Bandar Lamitan, Basilan
Pulau Panampangan, Sapa-sapa, Tawi-TawiPelabuhan Polloc, Parang, Maguindanao
Tasik Lanao di bandar MarawiBukit PC Bandar Cotabato
Bendera Bangsamoro
Mohor rasmi Bangsamoro
Lagu: Bangsamoro Hymn
Lokasi Filipina
Lokasi Filipina
Koordinat: 7°13′N 124°15′E / 7.22°N 124.25°E / 7.22; 124.25Koordinat: 7°13′N 124°15′E / 7.22°N 124.25°E / 7.22; 124.25
NegaraFilipina
Penubuhan referenduma21 Januari 2019
Perolehanb26 Februari 2019
Perasmian pemerintahan29 Mac 2019
Pusat wilayahBandar Cotabato[1]
Pentadbiran
 • JenisPemerintahan wilayah berparlimen yang dianugerahkan dalam sebuah kesatuan republik berpresiden berperlembagaan.
 • BadanPenguasa Peralihan Bangsamoro
 • Wa'līKhalifa Nando
 • Ketua Menteri Murad Ebrahim
 • Timbalan Ketua Menteri [2]Ali Solaiman
(Timbalan bagi tanah besar)
Kosong
(Timbalan bagi kepulauan)
 • Speaker ParlimenPangalian Balindong
Zon waktuUTC+08:00 (PST)
Wilayah
Bandar raya
Perbandaran116
Barangay2,590 (termasuk 63 di kawasan geografik khas di Cotabato)
Daerah perundangan8
Bahasa
Laman sesawangbangsamoro.gov.ph
  Referandum dua bahagian telah diadakan dengan dua tarikh. Bahagian pertama diadakan pada 21 Januari 2019 merupakan pengesahan Undang-undang Asas Bangsamoro, piagam perundangan bagi wilayah ini, manakala bahagian kedua pula untuk menetukan bidang kuasa akhir yang boleh diperluaskan oleh penguasaan wilayah ini. 21 Januari 2019 diiktiraf sebagai Hari Pengasasan Bangsamoro sebagaimana dinyatakn dalam Kod Pentadbiran Bangsamoro.[3]   Pembubaran yang lancar melibatkan wilayah autonomi sebelumnya, Wilayah Autonomi Islam Mindanano dan perolehan urus tadbir kepada sebuah badan interim, Penguasa Peralihan Bangsamoro.

Bangsamoro, secara rasminya Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Bangsamoro (BARMM) (Filipina: Rehiyong Awtonomo ng Bangsamoro sa Muslim Mindanao; Arab: منطقة بانجسامورو ذاتية الحكم, Manṭiqah banjisāmūrū dhātiyyah al-ḥukm), ialah sebuah wilayah autonomi yang terletak di selatan Filipina.

Menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), BARMM dibentuk dengan pengesahan undang-undang tubuhnya sendiri, Undang-undang Asas Bangsamoro disusuli dua bahagian referendum di Selatan Mindanao diadakan pada 21 Januari dan 6 Februari 2019. Pengesahan undang-undang ini disahkan beberapa hari kemudian iaitu pada 25 Januari oleh Suruhanjaya Pilihan raya Filipina (COMELEC).

Penubuhan Bangsamoro ini ialah kemuncak kepada perbincangan damai yang dilakukan beberapa tahun antara pemerintah Filipina dan beberapa kumpulan pejuang autonomi; seperti Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang menolak keabsahan ARMM dan menyeru penubuhan sebuah wilayah dengan lebih kuasa diberikan oleh pemerintah negara. Sebuah perjanjian rangka yang dikenali sebagai Perjanjian Komprehensif Bangsamoro yang merupakan perbincangan antara pentadbiran Aquino dan MILF pada 2014. Selepas bersambungnya rundingan dan debat melibatkan beberapa peruntukan dalam perjanjian tersebut, Kongres Filipina telah mencipta dan mengesahkan undang-undang asas bagi wilayah tersebut, yang kini dirujuk sebagai Undang-undang Asas Bangsamoro; rang undang-undang telah diluluskan oleh Presiden Rodrigo Duterte pada 26 Julai 2018.

Walaupun terdapat persoalan-persoalan mengenai perlembagaan wilayah, memandangkan ia akan menggunakan sistem berparlimen dalam sebuah kawasan bagi negara yang menggunakan sistem berpresiden, tiada ketetapan kehakiman dibuat bertentangan undang-undang asas dan akibatnya COMELEC mengadakan referendum dua bahagian: Bahagian pertama melibatkan rakyat di ARMM untuk menentukan sama ada ARMM akan dibubarkan dan digantikan segera dengan Bangsamoro, dan diikuti dengan kemenangan undi Ya di bahagian pertama ini.[4][5][6] Bahagian kedua pula melibatkan perbandaran dan barangay yang berjiran di provinsi Lanao del Norte dan Cotabato mengenai penyerahan kawasan mereka ke dalam wilayah Bangsamoro.[7][8][9][10] Hasilnya, 63 barangay di provinsi Cotabato dipindahkan ke pentadbiran Bangsamoro, menambah penguasaan kawasan autonomi tersebut.[11][7]

Bangsamoro menggantikan ARMM sebagai satu-satunya wilayah autonomi majoriti Muslim di Filipina.[12] Kini dalam proses peralihan sehingga 2022, pemerintah Bangsamoro telah membuka ruang ujian untuk perdebatan yang lebih luas mengenai reformasi perlembagaan dan federalisme di Filipina

  1. ^ "Bangsamoro Autonomy Act No. 13" (PDF). Bangsamoro Parliament. Dicapai pada February 24, 2021. The seat of the Bangsamoro Government shall be in Cotabato City, unless otherwise provided by the Bangsamoro Parliament in a subsequent law.[pautan mati kekal]
  2. ^ Arguilas, Carolyn (February 27, 2019). "Murad vows a government "free of all the ills of governance;" names 10 ministers". MindaNews. Dicapai pada February 27, 2019.
  3. ^ Ul Khaliq, Riyaz (18 January 2021). "Philippines: Bangsamoro begins anniversary celebrations". Anadolu Agency. Dicapai pada 24 February 2021. Last year, the BARMM passed the Bangsamoro Administrative Code, which marks Jan. 21 as the Bangsamoro Foundation Day and declared it a non-working holiday.
  4. ^ Depasupil, William; TMT; Reyes, Dempsey (January 23, 2019). "'Yes' vote prevails in 4 of 5 provinces". The Manila Times. Dicapai pada January 23, 2019.
  5. ^ Galvez, Daphne (January 22, 2019). "Zubiri: Overwhelming 'yes' vote for BOL shows Mindanao shedding its history of conflict". Inquirer.net. Dicapai pada January 22, 2019.
  6. ^ Esguerra, Christian V. (January 25, 2019). "New era dawns for Bangsamoro as stronger autonomy law ratified". ABS-CBN News. Dicapai pada January 25, 2018.
  7. ^ a b Sarmiento, Bong S. "21 of 67 villages in North Cotabato join BARMM". newsinfo.inquirer.net.
  8. ^ Suson, Divina. "'No' wins in 13 Lanao del Norte towns; 'Yes' wins in only 9 towns". newsinfo.inquirer.net.
  9. ^ Jennings, Ralph (July 27, 2018). "Historic Autonomy Deal for Philippine Muslims Takes Aim at 50 Years of Strife". Voice of America. Dicapai pada July 28, 2018.
  10. ^ Esguerra, Anthony Q. (July 27, 2018). "EU expresses support for Bangsamoro Organic Law". Inquirer.net. Dicapai pada July 28, 2018.
  11. ^ Fonbuena, Carmela. "63 out of 67 barangays in Cotabato to join Bangsamoro region". Rappler.
  12. ^ Kapahi, Anushka D.; Tañada, Gabrielle (2018). "The Bangsamoro Identity Struggle and the Bangsamoro Basic Law as the Path to Peace". Counter Terrorist Trends and Analyses. 10 (7): 1–7. JSTOR 26458484.

Developed by StudentB