Laman ini merupakan sebuah laman maklumat yang menerangkan sepersetujuan komuniti para penyunting di sini bagi beberapa aspek tertentu tentang pengendalian Wikipedia. Laman ini BUKAN laman polisi atau garis panduan dan bertujuan untuk menerangkan amalan atau polisi lain Wikipedia. Sila rujuk polisi atau garis panduan yang berkaitan jika terdapat percanggahan antara laman ini dengan laman polisi atau garis panduan. |
Rencana ini disertakan pautan ke fail audio. Jika anda menghadapi masalah memainkan fail-fail audio, rujuk Wikipedia:Bantuan audio. |
Rencana ini merupakan kunci asas kepada simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa. Beberapa simbol AFA yang jarang dilafazkan mungkin tidak disertakan, kerana simbol-simbol tersebut boleh didapati pada laman AFA utama atau pada carta AFA yang lebih terperinci.
Setiap satu simbol AFA akan disertakan satu contoh daripada bahasa Melayu seboleh mungkin. Bahasa-bahasa asing yang menjadi rujukan utama bunyi tambahan adalah dari bahasa Inggeris, kemudian bahasa-bahasa yang lazim digunakan di seluruh dunia seperti bahasa Perancis, bahasa Jerman Baku dan bahasa Sepanyol. Untuk simbol-simbol yang tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa yang ramai penuturnya akan digunakan seperti bahasa Cina Baku, bahasa Hindustani, bahasa Arab dan bahasa Rusia. Jika terdapat bunyi-bunyi yang masih tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa lain yang mantap diselidik seperti bahasa Swahili, bahasa Zulu dan bahasa Turki akan digunakan.
Lajur kiri memaparkan simbol-simbol individu dalam kurungan siku ( [a] (dengar). ) Sila klik perkataan "dengar" untuk mendengar bunyi bagi setiap bunyi; dan klik pada simbol itu sendiri untuk rencana khusus dengan penerangan yang lebih lengkap yang berserta contoh-contoh daripada pelbagai bahasa. Bunyi-bunyi konsonan dilafazkan sekali diikuti bunyi vokal dan dilafazkan sekali lagi di antara dua vokal.
Jika aksara tidak dipaparkan, anda mungkin perlu memasang pasuan sokongan. Pasuan-pasuan percuma dengan sokongan AFA yang baik termasuk Gentium Plus (gaya serif) dan Andika (gaya sans-serif).