Běijīng
بيجيڠ 北京 | |
---|---|
Ibu kota | |
Negara | Republik Rakyat China |
Jumlah Bahagian Peringkat Negara | 18 |
Jumlah Bahagian Pekan | 273 |
Mula diduduki | ~ 473 SM |
Pentadbiran | |
• CPC Beijing | Setiausaha Jawatankuasa Liu Qi |
• Datuk Bandar | Wang Qishan |
Keluasan | |
• Ibu kota | 16,808 km2 (6,490 batu persegi) |
Aras | 43.5 m (142.7 ft) |
Penduduk (2004) | |
• Ibu kota | 14,930,000 (ke−26) |
• Kepadatan | 888/km2 (2,300/batu persegi) |
• Bandar | kira-kira 7.5 juta |
• Kedudukan Kepadatan Munisipaliti | 4 |
• Kaum-kaum | Han - 96% Manchu - 2% Hui - 2% Mongol - 0.3% |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai China) |
Poskod | 100000 - 102600 |
Kod kawasan | +86/10 |
Nombor kenderaan | 京A, C, E, F, H, J, K 京B (teksi) 京G (luar kawasan bandar) 京O (polis dan pihak berkuasa) 京V (ibu pejabat tentera & kerajaan pusat) |
ISO 3166-2 | cn-11 |
KDNK (2004) | CNY 428.3 bilion |
- per kapita | CNY 28,700 |
HDI (2005) | 0.882 — tinggi |
Laman sesawang | www.beijing.gov.cn www.ebeijing.gov.cn |
Arborvitae Cina (Platycladus orientalis) Pokok pagoda (Sophora japonica) Kekwa (Chrysanthemum morifolium) Mawar Cina (Rosa chinensis) |
Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; sebutan (bantuan·maklumat)), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.[1]
Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai,[2] dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar,[3] dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni .[3] Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China,[2] manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi.[4] Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya.[5] Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara.[6] Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China.[5] Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.
Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama.[6] Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia",[7] dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.
|edition=
has extra text (bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)