Bendera

Bendera negara-negara anggota ASEAN berkibaran di Jakarta, Indonesia.

Bendera (disebut [bĕn.dé.ra], Jawi: بنديرا; serapan Portugis: bandeira[1]) ialah sepotong kain yang dicorakkan pelbagai warna dan bentuk sebagai wahana untuk melambangkan pengenalan sebuah kelompok atau ataupun entiti seperti negara; bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur. Namun, pemakaian objek bendera turut boleh digunakan lanjut sebagai alat pengisyaratan, pengiklanan mahupun untuk tujuan hiasan.

Kajian mengenai perekaan bendera dari segi corak dan perlambangan disebut sebagai veksilologi.

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 37.

Developed by StudentB