Bendera Bahamas

Bendera Bahamas
KegunaanBendera kebangsaan
Nisbah1:2
Diterima pakai10 Julai 1973
Rekaan3 jalur melintang dengan warna biru jernih dan emas serta segi tiga berwarna hitam

Bendera Bahamas terdiri daripada bentuk segi tiga berwarna hitam di bahagian paling kiri yang melambangkan kesatuan 300,000 orang penduduk kulit hitam di negara itu. Jalur warna biru di bahagian atas dan bawah melambangkan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Jalur emas di tengah melambangkan matahari dan tanah yang wujud di antara dua lautan tersebut. Bendera ini dijadikan bendera rasmi pada 10 Julai 1973.

Bendera awam Bahamas berupa sebuah panji merah yang disilang dengan bentuk salib warna putih dengan bentuk bendera kebangsaan di bahagian kepala dan bahagian atas. Bendera di laut memiliki reka bentuk yang sama tetapi dengan warna yang berlainan.


Developed by StudentB