Berita (Jawi: بريتا ) atau warta (Jawi: ورتا) merupakan apa-apa jenis maklumat baru atau semasa yang disampaikan melalui percetakan, Internet, penyiaran atau secara lisan kepada pihak ketiga atau orang ramai. Penyampaian secara lisan dahulunya cuma secara berhadapan, tetapi kini turut melibatkan pelbagai saluran seperti perbualan telefon, SMS dan dialog web, e-mel dan sebagainya.