Hubungan (Garis kasar) |
---|
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Berpacaran (kata dasar pacar ڤاچر asalnya "inai"[1]) adalah sejenis percubaan untuk memikat yang boleh merangkumi kegiatan sosial yang biasanya dilakukan oleh dua orang, dengan tujuan untuk menilai kesesuaian sebagai pasangan dalam hubungan intim atau sebagai suami isteri. Perkataan itu merujuk kepada pertemuan dan perlakuan kegiatan sosial yang saling dipersetujui. Kegiatan berpacaran tradisional merangkumi hiburan atau hidangan.
Dalam banyak kebudayaan tradisional, pemacaran mungkin diatur oleh pihak ketiga yang mungkin merupakan anggota keluarga, kenalan, atau pengatur jodoh profesional. Pemacaran internet kini semakin popular.
Sungguhpun etika pemacaran menjadi semakin longgar pada abad ke-20, terdapat perbezaan besar antara nilai sosial dan nilai peribadi. Sebagai contoh, apabila aktiviti melibatkan wang (misalnya sarapan), lelaki secara tradisi dijangka akan membayarnya; tetapi pada masa sekarang, amalan "belanja sendiri-sendiri" (membahagikan perbelanjaan) telah menjadi amalan yang semakin boleh diterima.
Tempoh purata pemacaran sebelum melangkah kepada pertunangan atau perkahwinan berbeza-beza di seluruh dunia. Lihat Percubaan untuk memikat#Jangka masa