Biom

Biom
Biom daratan
Tundra
Taiga, hutan boreal
Padang rumput dan tanah semak gunung
Hutan konifer sederhana
Hutan konifer tropika dan subtropika
Hutan daun lebar dan campur sederhana
Hutan, hutan jarang dan belukar Mediterranean
Hutan daun lebar lembap tropika dan subtropika
Hutan daun lebar kering tropika dan subtropika
Padang rumput, savana, dan tanah semak sederhana
Padang rumput, savana, dan tanah semak tropika dan subtropika
Gurun dan tanah semak xeros
Padang rumput dan savana terendam
Riparian
Tanah lembap
Biom akuatik
Kolam
Zon litorak, pasang surut
Hutan bakau
Hutan kelpa
Terumbu karang
Zon neritik
Pentas benua
Zon pelagik
Zon bentos
Lohong hidroterma
Resapan sejuk
Ais sarah
Biom lain
Zon endolitos

Dalam bidang ekologi, biom ialah kumpulan setempat besar yang terdiri daripada komuniti tumbuhan dan haiwan yang paling tersesuai dengan persekitaran alam, latitud, aras tinggi dan rupa bumi yang zahir di kawasan berkenaan.

Sesebuah biom terdiri daripada kawasan ekologi atau komuniti yang berada dalam keadaan tetap dan stabil, dan segala tumbuh-tumbuhan, fauna dan tanih yang berkenaan, baik dalam peralihan, diganggu ataupun didegradasi, tetapi selalu juga boleh dikenal pasti dengan jenis vegetasi klimaksnya.

Ciri-ciri biodiversiti setiap biom, terutamanya kepelbagaian fauna dan bentuk tumbuhan yang subdominan, merupakan satu fungsi faktor-faktor abiotik serta daya keluaran biojisim tumbuh-tumbuhan yang dominan.

Terdapat dua kategori biom iaitu:

  1. Biom daratan (terestrial)
  2. Biom air (akuatik)

Biom lebih dikenali dengan nama setempatnya. Contohnya, biom tanah rumput atau semak beriklim sederhana dikenali sebagai steppe di Asia Tengah, prairie di Amerika Utara, dan pampas di Amerika Selatan. Padang rumput tropika pula dikenali sebagai savana di Australia, atau veldt di Afrika Selatan.

Adakalanya, seluruh biom boleh diberi perlindingan, terutamanya mengikut Rancangan Tindakan Biodiversiti sesebuah negara.

Iklim merupakan faktor utama yang menentukan taburan biom daratan. Antara faktor-faktor iklim yang penting ialah:

  • Latitud: Artik, boreal, sederhana, subtropika, tropika.
  • Kelembapan: lembap, separa lembap, separa gersang, gersang.
    • Perubahan musim: Curahan hujan mungkin ditabur sama rata sepanjang tahun ataupun dipengaruhi oleh kelainan musim.
    • Taburan hujan bermusim: Kebanyakan kawasan Bumi menerima lebih banyak hujan pada musim panas; kawasan iklim Mediterranean lebih banyak hujan pada musim sejuk.
  • Aras tinggi: kenaikan aras tinggi menyebabkan taburan jenis habitat yang serupa dengan kenaikan latitud.

Sistem-sistem pengelasan biom yang paling banyak digunakan adalah berpadan dengan latitud (atau pengezonan suhu) dan kelembapan. Secara amnya, lebih jauh tempat itu dari kutub ke arah khatulistiwa, maka lebih banyaklah biodiversiti dan kelembapannya.


Developed by StudentB