Boris Nikolayevich Yeltsin Борис Николаевич Ельцин | |
---|---|
Presiden Rusia Pertama | |
Dalam jawatan 10 Julai 1991 – 31 Disember 1999 | |
Perdana Menteri | Yegor Gaidar Viktor Chernomyrdin Sergey Kiriyenko Yevgeny Primakov Sergei Stepashin Vladimir Putin |
Didahului oleh | Jawatan diasaskan |
Digantikan oleh | Vladimir Putin |
Naib Presiden | Alexander Rutskoy (1991-1993) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 Februari 1931 Butka, Sverdlovsk, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet |
Mati | 23 April 2007 Moscow, Rusia | (umur 76)
Parti politik | Parti Komunis Kesatuan Soviet (hingga 1990) Bebas (mulai 1990) |
Pasangan | Naina Yeltsina |
Tandatangan | |
Boris Nikolayevich Yeltsin (Rusia: Борис Николаевич Ельцин (bantuan·maklumat) ; IPA: [bɐˈɾʲis nʲɪkɐˈɫaɪvʲɪtɕ ˈjelʲtsɨn]) (1 Februari 1931 – 23 April 2007) ialah Presiden pertama Persekutuan Rusia yang berkhidmat dari tahun 1991 hingga 1999.
Yeltsin mengambil alih tampuk pemerintahan dengan harapan tinggi. Pada 12 Jun 1991, beliau dipilih menjadi presiden Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dengan 57% undian, menjadikannya presiden pertama yang dipilih melalui undian awam. Sungguhpun demikian, sambutan orang ramai terhadap Yeltsin menjunam setelah negara Rusia mengalami krisis demi krisis ekonomi dan politik pada 1990-an. Zaman pemerintahan Yeltsin dicemari korupsi berleluasan, kegawatan ekonomi, dan masalah politik dan sosial yang besar. Ketika beliau meletak jawatan, kajian menganggarkan cuma 2% rakyat yang menyokong Yeltsin.[1]
Berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada Disember 1991, Yeltsin yang berikrar agar mengubah ekonomi perancangan pusat sosialis negaranya menjadi ekonomi pasaran bebas, mendukung pembebasan harga dan rancangan penswastaan. Akibat amalan rasuah dan faktor-faktor lain, kebanyakan kekayaan negara jatuh di tangan segelintir kecil orang sahaja.[2]
Pada Ogos 1991, Yeltsin disanjung di peringkat antarabangsa kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat serta berjaya meredah percubaan merampas kuasa oleh ahli-ahli pemerintah Soviet yang menentang perestroika. Beliau melepaskan jawatan dengan sambutan dingin oleh penduduk Rusia yang mencemuhnya sebagai seorang autokrat yang lemah.[3] Beliau bertindak sebagai perdana menteri sendiri (hingga Jun 1992) atau melantik menteri-menteri sendiri tanpa menghiraukan parlimen. Pertelingkahan antara Yeltsin dengan parlimen memuncak dalam krisis perlembagaan pada Oktober 1993, apabila beliau mengerah tentera untuk menawan semula Rumah Putih Rusia, selepas musuh-musuhnya menawan bangunan tersebut. Pada 1993 juga, Yeltsin mengisytiharkan perlembagaan baru yang memperkasakan kuasa presiden, yang diluluskan oleh referendum pada Disember.
Beberapa jam sebelum hari pertama tahun 2000, Yeltsin menggemparkan dunia dengan mengumumkan beliau menyerahkan jawatan kepada Vladimir Putin.